SOALAN:
Saya seorang ibu kepada anak lelaki yang muda remaja.
Dia selalu outstation. Baru-baru ini saya terjumpa kondom dalam poket seluarnya. Bagaimana saya ingin bertanya? Saya takut sekiranya dia mengaku melakukan zina?
Ibu Buntu
Jawapan:
Cabaran dalam mendidik anak lelaki dan perempuan tampak berbeza tetapi sebenarnya sama berat dan besar. Dengan pendedahan teknologi maklumat yang tiada sempadan, potensi pendedahan risiko pelbagai gejala akhlak tidak bermoral dan berunsur maksiat sangat tinggi.
Sebagai ibu puan boleh lakukan:
* Perlu didik dengan tegas sejak dari awal pembesaran anak-anak lagi. Usah menyokong apa juga bentuk gejala kemaksiatan yang dilakukan oleh anak puan.
* Cuba cari masa yang sesuai, untuk bertanya dengannya. Beri ruang dahulu untuk dia berkongsi sebab musabab sebenarnya. Pujuk anak puan dengan memberikan harapan bahawa puan boleh menerima dirinya jika tersilap langkah.
* Tidak perlu takut untuk bertanya. Bertanya dan ambil tahu lebih baik daripada tidak tahu apa-apa tentang perkembangan anak puan.
* Puan masih ada ruang untuk memperbaikinya sebelum terlambat.
Ada masalah? Emelkan keraguan anda kepada kami di [email protected]