Ramadan pupuk pemakanan sihat - Utusan Malaysia

Ramadan pupuk pemakanan sihat

Pilihan ditangan kita, nak ikut atau tidak saja.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Saya tidak sempat berbuka puasa dengan anak nombor tiga sebab dia kena balik asrama esok. Biarpun Alya sedih selepas sekian lama belajar dari rumah, tetapi itulah pengorbanan perlu dilalui.

Perjuangan menuntut ilmu dalam situasi endemik hari ini.

Anak yang seorang lagi, Haziq pula tergendala menduduki kertas Matematik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akibat kuarantin di asramanya. Tarikh baharu akan diumum tidak lama lagi.

Tidak boleh nak kata-kata apa. Sememangnya manusia terlalu kerdil. Allah adalah sebaik-baiknya Perancang.

Berbalik kepada Ramadan, kita tidak dapat lari daripada membicarakan mengenai soal makan dan pentingnya perancangan.

Apa yang menariknya, sebab kita masih masih mampu merancang untuk menyediakan sajian sihat dan mengenyangkan waktu Ramadan.

Saya katakan demikian sebab selalunya waktu berbuka kita akan makan apa sahaja depan mata walaupun tahu ia kurang sihat.

Ada orang beritahu saya, kalau sudah puasa seharian, tidak salah makan banyak sebab perut kosong untuk tempoh yang lama.

Saya pasti tersenyum kalau yang berkata-kata itu anak-anak kecil yang metabolisma tubuhnya tinggi dan belum arif tetang aspek pemakanan. Tetapi kalau yang bercakap itu golongan mak-mak, memang saya kurang setuju.

Mak ada ibu segala-galanya termasuklah insan pertama membentuk tabiat pemakanan dalam keluarga. Banyak sumber di hujung jari yang boleh dirujuk mengenai tabiat makanan sihat. Yang menyajikan sajian kurang sihat pun berlambak.

Pilihan ditangan kita, nak ikut atau tidak saja. Selain menyediakan sajian sihat, ilmu memasak juga boleh disampaikan kepada anak. Sewaktu kecil dahulu di meja makan arwah ayah selalu tekankan mengenai pembaziran dan sayangkan makanan. Tegurannya itu bukannya panjang dan lamapun. Ringkas saja.

Contohnya senduk nasi sedikit, kalau sedap boleh tambah lagi. Atau kalau saya tidak gemar sesuatu sayur, ibu pula akan menerangkan manfaat serat.

Teguran sebegini yang diulang-ulang melekat dalam fikiran dan diaplikasi kepada ahli keluarga sendiri. Memetik kenyataan Presiden Pertubuhan Kajian Obesiti Malaysia (MASO), Prof. Madya Dr. Geeta Appannah, dalam Utusan Malaysia baru-baru ini, obesiti tinggi dalam kalangan B40 kerana mereka yang tidak akan membeli makanan yang murah dan kurang sihat.

Manakala bagi yang berkemampuan (T20), cenderung memilih makanan mahal tetapi tidak semestinya berkualiti atau tinggi khasiat. Benarkan?

Saya kira ia berlaku demikian sebab wanita dan ibu khususnya yang ambil mudah mengenai aspek pemakanan sihat. Ambil peluang Ramadan ini untuk memupuk ilmu pemakanan dalam kalangan keluarga.
Bulan ini membuka ruang kepada untuk terus membina gaya pemakanan sihat. Kenyang tidak bererti sihat. Tepuk dada tanya selera.

————–
Nor Afzan Mohamad Yusof ialah Penolong Pengarang Berita, Utusan Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya