Caprice, berhentilah jadi batu api, aku tak pernah sokong Israel - Michael Ang  - Utusan Malaysia

Caprice, berhentilah jadi batu api, aku tak pernah sokong Israel – Michael Ang 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penerbit dan pengarah, Michael Ang memberi amaran kepada selebriti media sosial popular, Caprice, supaya berhenti menjadi batu api selain mengakui dia tidak pernah menyokong kezaliman yang dilakukan oleh tentera Israel.

Menurut Michael, dia melihat Caprice seakan tidak faham maksud sebenar yang cuba disampaikan menerusi hantaran di media sosial berhubung kelantangannya menghentam rejim zionis tersebut.

Tegas Michael, dia hanya berharap supaya dunia tidak wujud peperangan dan mencintai keamanan.

“Kepada Caprice, sebelum kau nak jadi batu api supaya satu Malaysia hentam aku macam mana kau buat pada orang lain, sila hadam ni ya! Aku tak pernah sokong Israel! 

“Dari tahun 2021 aku dah hentam perbuatan Israel (sila tengok post lama aku yang aku sertakan)  Bila baca dan tak faham inilah masalahnya! 

“Aku cuba sampaikan yang aku tak suka perang dan nak keamanan.Kepada netizen-netizen yang menghentam aku tadi, apa yang boleh saya katakan, Amin,”katanya.

Michael berkata demikian dalam satu hantaran yang dimuat naik di Instagram hari ini bagi membalas sindiran yang dibuat Caprice di akaunnya sebelum itu.

Tambah Michael, dia bukan seorang individu yang gemar memutar belit akan sesuatu perkara dan sentiasa teguh dengan prinsip diri.

“Aku bukan jenis spin cerita. Dari dulu sampai sekarang pendirian aku sama dan tak berubah! Saya bencikan peperagan dan hanya mahukan keamanan tetapi itu tidak bermaksud saya seorang yang menyokong Israel.

“Jadi kepada netizen yang menyumpah dan memaki aku, sila hadam ini ya,”katanya.

Hantaran Michael itu kemudiannya mendapat respons daripada Caprice yang meninggalkan pandangan di ruangan komen.

“Ini bukan batu api abang, tetapi ini dipanggil belajar sejarah dulu. Insya-Allah,”katanya.

‘Perbalahan’ antara Michael dan Caprice tersebut turut mendapat perhatian netizen yang menyaksikan masing-masing tampil mengeluarkan pandangan sendiri berhubung konflik yang berlaku di Gaza, Palestin, kini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya