Tidur cuma dua jam sehari, Ifa Raziah ‘diserang’ kebimbangan - Utusan Malaysia

Tidur cuma dua jam sehari, Ifa Raziah ‘diserang’ kebimbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon dan selebriti tempatan, Ifa Raziah, 47, mengakui sejak mengepalai acara karnival beli-belah terbesar negara, Starvendor, jadual rehat dan waktu tidurnya sudah tidak lagi sama seperti dahulu.

Cuma tidur sekadar dua jam sahaja setiap hari, kata Ifa atau nama sebenarnya,Saripah Raziah Mustapha, keadaan itu disebabkan dia seringkali ‘diserang’ kebimbangan gara-gara mahu memastikan acara tersebut berjalan dengan lancar dan sempurna.

“Mungkin ada yang tengok nampak mudah, tetapi terus-terang, nak memastikan acar besar seperti ini berjalan sempurna sebagaimana yang dirancang adalah tidak mudah. Tetapi, saya sudah persiapkan diri dari segi mental dan fizikal.

“ Apatah lagi pada bulan Ramadan ini, tenaga harus lebih. Pun begitu, saya cuma tidur dua jam sahaja setiap hari. Bayangkanlah, kalau tidur pun masih fikir pasal kerja. Memang dalam kepala otak ini asyik fikir kerja sahaja.

“Jadi bimbang setiap masa sebab mahu uruskan pelbagai perkara dalam satu masa. Perlu layan penggunjung, vendor, pekerja, orang ternama yang hadir, pendek kata semua aspek saya nak pastikan sentiasa lancar dan sempurna,”katanya.

Ifa berkata demikian semasa ditemui pada hari pertama acara StarVendors KLCC Mega Raya berlangsung di KLCC, semalam.

Bagaimanapun, kata Ifa yang juga Ketua Pengarah Eksekutif StarVendors meluahkan rasa syukur apabila sambutan yang diberikan peminat pada hari pertama acara tersebut begitu meriah.

“Alhamdulillah,saya lihat pengunjung yang datang tidak putus-putus sekali gus menyaksikan sambutan yang sangat positif. Walaupun pada mulanya ada kerisauan sedikit kerana hari pertama hujan lebat, saya tetap berdoa pada Allah SWT agar segala urusan dipermudahkan.

“Secara tidak langsung juga ia menunjukkan bahawa strategiu pemasaran pasukan Starvendors dan mesejnya sampai kepada semua lapisan masyarakat. Tak sia-sia habis jutaan ringgit,”katanya

Dalam masa sama, jelas Ifa lagi, acara yang berlangsung selama lima hari itu bakal dihadiri Perdana Menteri Malaysia ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 15 April ini.

“Alhamdulillah, Datuk Seri Anwar bersetuju untuk datang pada 15 April selama tiga jam di sini. Ini satu pencapaian yang cemerlang buat kami semua kerana mendapat banyak sokongan padu daripada pelbagai pihak termasuk kerajaan.

“Hari pertama pembukaan pun pengunjung telah dihiburkan dengan kehadiran artis nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Malah, ramai lagi artis nama besar lain yang turut hadir,”katanya.

Dalam pada itu, kata Ifa, dia juga lega kerana dari aspek kawalan keselamatan untuk acara tersebut, pihaknya telah mendapat kerjasama dengan lebih 200 pengawal keselamatan, anggota rela dan pihak penguatkuasa lain.

StarVendors KLCC Mega Raya membuka tirai acara bermula 13 April dan berlangsung sehingga 17 April ini. Acara tersebut bakal berlangsung selama 100 jam tanpa henti.

Difahamkan lebih 100 kedai jualan yang dibuka, lebih 100 selebriti tanah air yang terlibat dan RM100,000.00 duit raya bakal diberikan kepada pengunjung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya