MK K-Clique mohon maaf - Utusan Malaysia

MK K-Clique mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Penyanyi rap popular, MK daripada kumpulan K-Clique membuat permohonan maaf gara-gara terpaksa membatalkan sebuah majlis tertutup, Get Starstruck by MK yang sepatutnya dijadual berlangsung pada 23 Julai ini.

Menurut MK dalam satu kenyataan rasmi yang dikongsi di Instagram malam tadi, keputusan untuk membatalkan penganjuran majlis bersama peminat itu berikutan kes varian baru Covid-19 yang dicatatkan semakin meningkat kini.

“Minta maaf,” tulis MK ringkas di Instagram.

Selain itu, menerusi perkongsian yang sama, MK juga sedar keputusan yang dibuat akan menyebabkan peminat berasa hampa.

“Kami faham tindakan ini akan menyebabkan peminat yang ingin bertemu secara dekat akan berasa hampa. Jadi, saya mohon maaf kepada setiap daripada anda.

“Terima kasih juga buat mereka yang sabar dan memahami sepanjang kesulitan ini. Bagi mereka yang telah membeli pakej ini, saya bagi pihak penganjur mohon maaf. Jangan lupa pakai topeng pelitup muka dan jaga keselamatan diri,”katanya.

Minggu lalu, MK ada membuat pengumuman mengenai penganjuran majlis santai bersama peminat itu yang sepatutnya diadakan di Pavilion Kuala Lumpur.

Difahamkan, majlis tersebut turut mendapat kerjasama jenama topeng pelitup muka, Neutrovis Malaysia.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya