Kalau tidak dipecah ruyung manakan dapat sagunya. Itulah pegangan hidup usahawan tani, Norhashim Kamisan, 37, yang kini bertaraf jutawan selepas mengusahakan penanaman cili merah sejak 14 tahun lalu. Menetap di Kampung Sijangkang, beliau sebelum ini adalah pekerja penghantaran (despatch) dalam bidang pemasaran produk jualan langsung yang berpendapatan sederhana. Katanya, setelah beberapa tahun bekerja dalam bidang tersebut, beliau memberanikan diri terjun ke bidang pertanian dengan mengikuti kursus menanam cili merah yang disediakan pihak berkaitan pertanian. “Semasa mula mengusahakan penanaman cili merah di tanah milik keluarga semuanya perlu dibuat secara manual daripada…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya