Keunikan sup bawang hitam - Utusan Malaysia

Keunikan sup bawang hitam

Antara menu makanan 'Leh Seng' yang ditawarkan sempena perayaan Tahun Baru Cina di Hotel Mardiyyah, Shah Alam. -MINGGUAN/ZULFADHLI ZAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEBUT sahaja tentang perayaan Tahun Baharu Cina, Yee Sang antara menu wajib yang menjadi penyeri dalam acara makan besar.
Dengan campuran hirisan sa­yur-sayuran seperti lobak merah dan lobak putih, halia, kepingan ikan mentah serta kekacang yang ditumbuk, ditambah dengan sos plum dan jus limau, menjadikannya begitu menyelerakan bagi sesiapa sahaja yang bertuah dapat menikmatinya.
Sempena Tahun Harimau yang disambut mengikut kalendar Lunar tahun ini, Mardhiy­yah Hotel & Suites Shah Alam menyediakan promosi hidangan masakan Cina dengan pelbagai menu yang menyelerakan.
Mengetengahkan konsep halal 100 peratus yang disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) daripada aspek pembekalan, pembuatan sehingga penyediaan makanan, Restoran Cina Tung Yuen di hotel ini adalah lokasi tepat untuk anda membawa keluarga serta rakan taulan.

REBUS 12 JAM
Antara menu yang tidak boleh dilupakan semasa kehadiran kru Mingguan Malaysia adalah sup double boiled black garlic. Sup yang dihidangkan bersama isi ayam itu mempunyai citarasa sangat unik dan membuatkan badan terasa segar ketika menghirupnya.
Rupa-rupanya pembuatan sup itu juga bukan mudah kerana menuntut kesabaran yang sangat tinggi.
Menurut Chef Masakan Cina di Restoran Cina Tung Yuen, Patrick Ng, sup itu perlu direbus bersama bawang putih serta bahan rebusan lain selama 12 jam.
“Perlu reneh selama 12 jam baru boleh jadi black garlic (bawang hitam). Rasanya agak manis, kalau kebiasaan kita makan bawang putih rasa agak pedas sedikit.
“Menu itu juga mengandungi herba, ayam dan bunga cordyceps. Menu ini perlu disediakan lebih awal,” katanya.

MANFAAT BAWANG HITAM
Di Korea dan Thailand, bawang hitam sudah digunakan sejak beribu-ribu tahun lalu.
Kini, populariti bawang hitam untuk kesihatan semakin berkembang ke pelbagai negara Asia, malah ke Amerika Syarikat dan Eropah.
Bawang hitam kebiasaannya boleh dimakan terus atau ditambah ke dalam makanan sebagai perasa.
Manfaat kesihatan bawang hitam terletak pada kandungan antioksidan dan nutrien lain yang jauh lebih besar daripada bawang putih biasa seperti mencegah penyakit kanser.

MENU LOH SANG
Chef Patrick yang sudah bekerja selama 20 tahun di hotel tersebut yang sebelum ini dikenali sebagai Bluewave Hotel turut dibantu empat chef lain bagi menyediakan hidangan lain seperti menu ikan kerapu merah kukus yang merupakan menu pilihan pelanggan.
Restoran itu juga memperkenalkan variasi menu Yee Sang yang boleh dipilih mengikut saiz dan citarasa yang diinginkan.
Antaranya seperti Lucky Salmon Yee Sang, Colorful Jellyfish Yee Sang, Prosperity Abalone Yee Sang, Joyful Salmon Fish and Jellyfish Yee Sang serta Special Vegetarians Yee Sang.
Pakej promosi bermula sejak 15 Januari lalu hingga 28 Februari depan, turut memperkenalkan menu ‘Loh Sang’ yang sesuai ditempah oleh pelanggan yang mahu membawa ahli keluarga serta rakan sepejabat.
Promosi disediakan bagi set hidangan makan tengah hari serta makan malam.
Maklumat lanjut mengenai pakej promosi sempena Tahun Baharu Cina boleh layari www.mardhiyyahhotel.com. – Mingguan Malaysia

CINA TUNG YUEN

Konsep:
Masakan Cina
Lokasi: Aras 1, Mardhiyyah Hotel & Suites Shah Alam
Telefon: 03-55118811 sambungan. 2616 / 019-2616847

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya