Jadikan Pelita Raya Terengganu acara utama TMM 2026

Jadikan Pelita Raya Terengganu acara utama TMM 2026

PARA pengunjung tidak melepaskan peluang untuk melihat dengan lebih dekat keunikan pelbagai jenis dekorasi pelita di Kompleks Sukan Negeri, Kuala Nerus, Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA NERUS: Program Pelita Raya Terengganu wajar diangkat sebagai acara utama dalam kalendar Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2026.

Pengerusi Jawatankuasa Pe­lancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim negeri, Datuk Razali Idris berkata, Program Pelita Raya Terengganu mampu menarik ramai pelancong asing menerusi penyertaan peserta dari luar negara.

Katanya, antara negara yang menyertai program tradisional itu tahun ini ialah Thailand, Indonesia, Myanmar dan Bangladesh.

“Kerajaan negeri dan Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu berbesar hati sekiranya Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya melalui Tourism Malaysia dapat menjadikan Program Pelita Raya Terengganu ini sebagai acara utama dalam kalendar acara TMM 2026,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Penutup Program Pelita Raya Terengganu 2025 di Kompleks Sukan Negeri, Kuala Nerus di sini, kelmarin.

Razali berkata, jumlah pengunjung yang direkodkan hadir memeriahkan program yang bermula dari 13 Mac lalu adalah seramai 170,000 orang.

Katanya, kejayaan itu dido­rong promosi yang meluas, kreativiti peserta dalam menghias ruang pameran serta konsep program yang unik dan tidak ada di negeri-negeri lain.

“Edisi kali ini, sangat membanggakan kerana tidak hanya menarik penyertaan dari Kelantan dan Perlis, malah negara luar seperi Thailand, Indonesia, Myanmar dan Bangladesh,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya