Membicarakan bidang kesusasteraan Sabah, kita tidak boleh lari daripada membincangkan Ikatan Penulis Sabah (IPS), sebuah organisasi yang aktif mengembangkan bidang penulisan dan melaksanakan kegiatan sastera di negeri berkenaaan. Ini kerana IPS seolah-olah menjadi tonggak pembinaan dan pengembangan bahasa dan sastera Sabah di samping Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah. Berdasarkan sejarah, gerakan sastera bermula di Sabah sebaik sahaja Angkatan Gaya Baru (AGABA) ditubuhkan pada tahun 1957. Kemudiannya, Angkatan Penulis Muda Sabah (APMS) pula muncul pada tahun 1960-an ekoran daripada kegagalan AGABA untuk menyerlah secara berkesan untuk menangani perkembangan sastera…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya