NARATIF diolah dengan pelbagai cara mengikut kemahuan dan kemampuan penulis. Zainal Abdul Kadir memilih cara yang telus, tulus dan mudah sebagaimana pengakuannya dalam prakata. Kumpulan Cerpen Ihsan yang Hilang, antara 100 buah buku yang berjaya diterbitkan menerusi projek penerbitan Buku PENA-Malaysia Madani (2024). Zainal mencatat: “Sejak saya menulis cerpen pada tahun 80-an, saya menulis cerita berdasarkan realiti kehidupan.” Zainal menjelaskan lagi, persoalan yang diangkat jelas menggambarkan keadaan masyarakat daripada pelbagai latar belakang. Setiap cerpen ada mesej utama yang membuatkan pembaca berfikir apakah maksud yang tersurat dan tersirat yang ingin disampaikan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya