Penggiat wayang kulit ketandusan pelapis

Penggiat wayang kulit ketandusan pelapis

MOHD. Kamrulbahri Husin menunjukkan demonstrasi sebagai tak dalang persembahan wayang kuit. – MINGGUAN/ SHIDDIEQIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Seni persembahan pentas tradisional; yang ada kaitan dengan budaya dan cara hidup orang Melayu berdepan seperti wayang kulit banyak cabaran dalam era moden ini.

Wayang kulit sebagai contoh tidak mempunyai ramai pelapis yang mahir dan mampu menyambung legasi terdahulu daripada mereka.

Minat dan faktor -faktor komersial mungkin menjadi penyebab utama mengapa seni persembahan tradisional ini semakin kurang diminati.

Seorang penggiat seni wayang kulit Mohd. Kamrulbahri Hussin atau mesra dipanggil Wak Long mengakui masalah tersebut.

Menurut pensyarah muzik di Konservatori Muzik, Kolej Pengajian Seni Kreatif, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Selangor itu wayang kulit merupakan sebuah teater tradisional yang menggunakan prinsip cahaya dan bayang. Muziknya dimainkan secara langsung oleh beberapa jenis alat muzik seperti serunai, gedombak, geduk, dan gong. Walau bagaimanapun, bagaimanakah cara untuk menyerlahkan bunyi alat-alat muzik dengan baik?

“Keseimbangan bunyi dan kedudukan alat muzik pergendangan dalam persembahan tradisi Wayang Kulit Kelantan penting” , ujarnya kepada Mingguan Malaysia.

Kamrulbahri memberitahu, dia berpeluang mempelajari seni wayang kulit daripada bapanya yang aktif dalam seni persembahan tersebut di kampung mereka di Pasir Mas Kelantan.

Ketika itu bapanya mempelajari seni wayang kulit daripada tokoh seniman negara 1993, Hamzah Awang Amat yang juga Penggiat Wayang Kulit Tradisional.

Bagaimanapun usaha bapanya menimba ilmu persembahan wayang kulit terencat seketika selepas tokoh seniman tersebut meninggal dunia.

Bapanya, bagaimanapun meneruskan usaha mempelajari wayang kulit daripada individu lain. Bapanya kerap bermain alat muzik tradisional; wayang kulit tetapi kerap berasa tidak puas hati dengan kualiti alat muzik berkenaan. Ini mendorong bapanya membuat alat muzik sendiri bagi memenuhi kepuasan hatinya

Selepas sekian lama, bapanya mengambil inisiatif membina sebuah bangsal khas di hadapan rumah mereka dan di situlah bakatnya diasah dalam seni persembahan wayang kulit

Selepas itu bapanya yang memfokus kepada alat muzik wayang kulit sampai dan menjadi persembahan pensyarah sambilan UiTM dan kemudian ke Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sebagai karyawan tamu .

Bapanya, kata Kamrulbahri banyak menumpukan kepada bermain alat muzik tradisional semua wayang kuklit main puteri dikir barat seperti serunai, rebab, gendang gendang ibu dan gendang anak dan beduk. Menurut beliau, itu antara alat muzik tradisional dalam seni persembahan wayang kulit Kelantan.

Terdapat tujuh alat muzik dalam wayang kulit kelantan iaitu serunai gedombak tetawak/gong geduk gendang, canang dan ⁠kesi.

Wayang Kelantan merupakan satu daripada empat wayang kulit di negara ini selain wayang Jawa dan wayang gedek yang dipengaruhi Thailand dan wayang siam.

Berkongsi lebih lanjut Mohd. Kamarulbahri berkata, pada 1994 Akademi Seni Kebangsaan (ASK) ketika itu menawarkan pengajian berkenaan wayang kulit dan pengkhususan wayang kulit sahaja. Beliau juga menarik perhatian baahwa isu utama dalam seni persembahan wayang kulit adalah ketrampilan tok dalangnya.

Ini kerana menurut Kamrulbahri, tok dalang perlu ada kemahiran tertentu seperti mengetahui ciri ciri setiap watak dalam wayang kulit.

Tidak ramai golongan muda meminati wayang kulit ketika ini berkemungkinan mereka tidak memenuhi kriteria yang sesuai menjadi tok dalang.

Bagi menjadi tok dalang, mereka perlu memenuhi beberapa syarat sesuai melayakkan mereka menerajui persembahan wayang kulit.

Antaranya perlu mempunyai ciri ciri seperti perlu mengetahui setiap watak dalam cerita, perlu tahu kaedah pewayangan, ilmu pengurusan, mahir bermain alat muzik dan membuat alat muzik serta ada ilmu kemanusiaan termasuklah antaranya ikhtiar hidup.

“Penggiat wayang kulit sudah semakin pupus dan ketandusan penggiat yang profesional dan berkemahiran tinggi. “Sudah tidak ada kumpulan asal yang lengkap dan masih lagi bergiat bersama kerana kebanyakan sudah meninggal dunia atau berpecah menyebabkan keseragaman paluan dan gaya akan berubah, “ ujarnya. Dalam pada itu menurut Mohd Kamrulbahri, Isu yang lebih penting dalam persembahan wayang kulit adalah menghayati falsafah di sebalik cerita kerana ia sebenarnya penuh pengajaran.

Tok dalang lahyang menentukan jalan cerita persembahan wayang kulit menarik dan mendapat sambutan penonton.

Maka, golongan tersebut perlu ada ilmu, menguasai watak watak yang terlibat dalam cerita mahir bermain alat muzik.

Selain itu, faktor kemahiran dan ilmu yang berkaitan dengan persembahan secara menyeluruh seperti Ilmu pewayangan dan seni suara, ilmu permainan dan pembuatan/baiki alat muzik, Ilmu Pengurusan, Ilmu kemanusiaan dan ketuhanan.

Antara beberapa faktor utama kenapa golongan muda kurang berkecimpuang iaitu faktor ekonomi, agama. Faktor politik agak kurang membantu dalam perkembangan ekosistem penggiat seni itu untuk pelestarian persembahan wayang kulit secara tradisi.

Faktor ekonomi mungkin disebabkan penggiat atau ketua kurang modal untuk menganjurkan persembahan bertiket dengan pakej promosi dan pemasaran yang holistik.

Mungkin penganjur agak risau dengan faktor ekonomi rakyat dan juga peminat ketika ini Faktor agama, mungkin ketidakfahaman dan penerangan dalam seni berwayang berkenaan isu percanggahan dalam kepercayaan agama dan isu berkaitan Mantra, sebutan nama watak dewa-dewi dan upacara yang bercanggah dengan agama. Faktor politik juga main peranan sejak kerajaan negeri mengharamkan beberapa persembahan tradisi termasuk wayang kulit kelantan.

Namun, bagi sesetengah penggiat yang masih sayang kan seni tradisi ini dan ada kekuatan yang tersendiri melalui keturunan dan pendedahan awal secara holistik telah mula mencari satu jalan agar kesenian ini terus boleh dimainkan berbayar atau percuma iaitu minat walaupun terpaksa berhabis duit.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya