BANGUNAN yang bernama sekolah itu berdiri megah di tengah-tengah bukit melambai-lambai menggamit dan menghulurkan tangan kepada pelajar-pelajar yang sudah mencapai akil baligh untuk menuntut ilmu di situ. Sekolah setinggi empat tingkat itu tidak seperti kebanyakan bangunan di ibu kota malah langsung tidak gah di mata mereka yang suka berpeleseran atau pun membeli-belah. Malah sekolah tidak langsung melekap di bibir masyarakat. Paling tidak disebut acapkali tatkala bermulanya sesi persekolahan. Maka akan berduyun-duyunlah ibu bapa, pelajar-pelajar yang akan ke bangunan tersebut. Tatkala itu, bangunan yang bernama sekolah akan tersenyum dan mendepakan tangan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya