SAYA cuba memahami karya seni yang ada pada satu sudut di Balai Seni Seni Negara. Cantik , menarik dan penuh berwarna- warni serta ada gaya tersendiri.
Rata-rata pengunjung yang datang ke sini juga pasti berhenti dan meneliti dengan lebih dekat karya yang dihasilkan oleh Nawwar Shukriah Ali atau dikenali sebagai Bono Stella.
Karya yang dinamakan Theta ini menceritakan tentang alam separuh sedar sebelum seseorang itu tidur atau dalam situasi beberapa minit pertama selepas terjaga daripada tidur.
Nawwar Shukriah menerangkan, Theta mempunyai kepelbagaian warna dan garis serta bahan reflektif untuk memberikan pengalaman unik kepada pengunjung yang datang.
Katanya, ia dalam masa sama seperti masuk ke alam mimpi yang nyata dan boleh mencetus pelbagai perasaan dalam kalangan pengunjung.
“Karya saya berkenaan gelombang otak. Minda kita mempunyai 70,000 bibit fikiran sepanjang hari secara tidak sedar dengan melalui semua gelombang otak.
“Pada masa ini awak merancang untuk bermimpi dan ada banyak idea selain untuk menyahkan segala perkara yang tidak baik dan negatif dalam fikiran kita. Pada masa inilah juga kita ada merancang untuk mencapai cita-cita dan impian serta yakin kita mampu mencapai setiap impian kita,” ceritanya ketika ditemui baru-baru ini.
Theta menampilkan projeksi warna dan eksperimen bagi mencipta ilusi mimpi yang didorong oleh gelombang Theta.
Katanya, dia mengambil masa kira-kira dua bulan untuk menterjemah karyanya sebelum dapat disiapkan dalam tempoh dua minggu, seterusnya dipamerkan di Balai Seni Negara.
Menurutnya lagi, dia menggunakan gelombang Theta sebagai satu cara untuk melahirkan rasa syukur dan memasang niat di alam minda bawah sedar.
Dalam pada itu, terangnya, karya yang dihasilkan ini menterjemah kepada sesuatu perkara yang lebih positif kepada masyarakat.
“Sebelum ini pun banyak karya saya berkait rapat dengan kesihatan mental, menangani kekecewaan dan berdepan dengan pelbagai ujian yang datang.
“Saya mahu menunjukkan bahawa setiap orang boleh pergi lebih jauh daripada apa yang difikirkan selagi mana ada harapan. Kita boleh jadi insan yang lain dan tidak berada dalam kegelapan selagi mana usaha,” ujarnya.
Nawwar Shukriah begitu terbuka ketika menceritakan tentang terapi yang dilakukan olehnya sebelum ini.
“Macam saya sudah berumur 38 tahun. Dalam tempoh sebelum ini saya selalu berfikiran dan percaya saya tidak mampu dan tidak layak untuk membuat satu perkara.
“Sekarang saya mahu program semula minda saya bahawa saya layak dan mampu. Bila kita percaya dan yakin kita tidak tinggal dalam kepompong sendiri dan terus menjadi mangsa keadaan,” jelasnya.
Karya Theta akan dipamerkan dalam Pameran Hanya Satu di Balai Seni Negara sehingga 24 Julai nanti. – Mingguan Malaysia
Theta: Karya sedar dalam mimpi
- Oleh MOHAMAD HAFIZ YUSOFF BAKRI
- 4 Jun 2023, 5:23 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
BERITA BERKAITAN
Ikut Machiavelli, ‘harimau dari perut’ atau taktikal
15 Disember 2024, 10:10 am
Jangan pinggirkan pendidikan inklusif
8 Disember 2024, 10:03 am
Melindungi pemberi maklumat rasuah
1 Disember 2024, 9:03 am