JKKN semarak bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa - Utusan Malaysia

JKKN semarak bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (Motac) menerusi Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) mengadakan Pertandingan Nyanyian Lagu Melayu Antarabangsa (Palma) 2022 bagi memperkasakan penguasaan bahasa Melayu sebagai asas perpaduan dan ilmu dalam kalangan pelajar antarabangsa.

Ketua Pengarah JKKN, Mesran Mohd Yusop berkata, Palma juga bertujuan memartabatkan bahasa Melayu di peringkat antarabangsa dan mengharapkan pertandingan ini dapat mempopularkan lagu Melayu kepada masyarakat luar.

“Pertandingan ini bertujuan sebagai medium memperkasakan penggunaan bahasa Melayu dan dapat memperkenalkan Malaysia kepada masyarakat luar dalam usaha meningkatkan industri pelancongan negara.

“Peserta akan menyampaikan satu lagu pilihan dan diiringi oleh Kombo Badan Kesenian Tentera Darat Malaysia. Semua peserta telah menghadiri bengkel dan diberi bimbingan oleh dua orang guru vokal pada November lalu,” katanya.

Pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris dari China, Chen Xu atau Hafiz berjaya merangkul gelaran juara dan membawa pulang wang tunai sebanyak RM8,000 menerusi persembahan Bahagiamu Deritaku.

Persembahan nyanyian peserta diadili oleh juri professional iaitu Datuk Mokhzani Ismail, Datuk Aishah dan Ramlan Imam.

Dalam pada itu, Mesran berkata, JKKN akan terus menyokong program sebegini dalam usaha memperluaskan dan menyemarakkan lagi penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan masyarakat luar negara.

“Program sebegini juga akan memberi kelebihan kepada mereka untuk lebih memahami dan mempelajari budaya negara Malaysia,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya