Masalah ulat bungkus sering menjadi igauan buruk kepada penanam sawit di negara ini. Ulat bungkus merosakkan permukaan daun sawit menyebabkab daun menjadi kering dan reput. Cebisan daun sawit yang kering ini akan digunakan oleh ulat bungkus untuk membuat sarung atau bungkus. Ulat bungkus merebak melalui angin, sentuhan daun sawit dan bawaan jentera ladang. Terdapat tiga spesies utama ulat bungkus iaitu Metisa plana, Pteroma pendula dan Mahasena corbetti. Justeru, menyedari masalah ini boleh menjadi ancaman kepada industri sawit, maka Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) menjalankan penyelidikan bagaimana mengatasi masalah berkenaan. Penyelidik…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya