Pelancongan adalah antara penyumbang terbesar kepada sektor ekonomi negara. Pendapatan yang dijana daripada industri pelancongan negara mencecah RM86.14 bilion pada tahun 2019. Rentetan daripada kerancakan industri ini pelbagai promosi dijalankan oleh kerajaan bagi menjana lebih banyak pendapatan kepada negara. Namun seperti pepatah yang biasa kita dengar ‘disangkakan panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari’. Momentum kemeriahan industri pelancongan yang kita jangkakan dapat diteruskan pada tahun 2020 secara tiba-tiba menjadi sendu akibat penularan pandermik-covid 19 yang melanda seluruh dunia. Salah satu komponen industri pelancongan yang sangat terkesan akibat penularan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya