Teh tarik lemak wangi Kuala Kangsar

Teh tarik lemak wangi Kuala Kangsar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPERTI kopi, tidak lengkap permulaan hari seseorang tanpa menghirup secawan teh tarik panas.

Apatah lagi dengan aroma wangi di samping buih-buih yang melimpah dan rasa lemak manis
penuh berkrim.

Keunikan itu sekali gus menjadikan teh tarik kekal sebagai minuman kegemaran rakyat Malaysia sepanjang masa, hingga kini.

Malah, teh tarik juga pernah diiktiraf sebagai antara produk warisan kebangsaan pada 2009 selain nasi lemak, nasi kerabu, kari kepala ikan dan kuih akok.

Jika sebelum ini anda sudah terbiasa membelinya di kedai, apa kata buat sendiri di rumah pula. Selamat mencuba!

 

Bahan-bahan
-Campuran teh boh dan teh wangi
-Air panas
-2 sudu teh susu pekat manis
-3 sudu teh susu cair

 

Cara penyediaan
-Masukkan campuran serbuk teh (teh boh dan teh wangi) ke dalam penapis.
-Rendamkan penapis dalam air panas mendidih.
-Ambil antara 125 hingga 150 mililiter rendaman air teh itu dan letak dalam cawan.
-Masukkan dua sudu teh susu pekat manis.
-Diikuti tiga sudu teh susu cair.
-Tambah 3/4 cawan air panas bagi proses menarik teh.

 

Tips
-Untuk lebih ‘kaw’ tambahkan sukatan teh.
-Untuk kurangkan manis, kurangkan sukatan susu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya