SUP daging, sup tulang, daging goreng kunyit, gulai daging atau rendang daging antara aneka sajian daging yang selalu dimasak ketika Hari Raya Aidiladha.
Selepas raya, kadangkala menu kebiasaan tersebut sudah menjadi jemu untuk disantap.
Kongsi cef pempengaruh dan duta Adabi, Yatie Kitchen atau Nur Hayati Zainol Abidin kepada Seri, tercetus untuk membuat resipi baharu apabila kering idea untuk memasak daging korban.
Maka terciptalah resipi baharu iaitu daging goreng cili padi limau yang mudah untuk disediakan.
Bahan daging
3 ulas bawang putih
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar jintan putih
Cara penyediaan
-Rebus daging hingga empuk kemudian potong lawan urat secara nipis.
-Tumbuk bagi nipis daging yang telah dihiris menggunakan anak lesung batu.
-Tumbuk bawang putih, biji ketumbar dan jintan putih kemudian salutkan pada daging.
-Goreng hingga garing (pastikan goreng menggunakan minyak baru).
-Setelah garing, toskan.
Bahan rempah-ratus (bumbu-bumbu)
-2 tangkai cili merah besar
-6 tangkai cili padi merah
-1/2 biji bawang merah besar
-1/2 biji bawang Holland
-6 ulas bawang putih
-1 biji tomato Mushroom seasoning
-1/4 gula
-Sedikit garam
-Sedikit belacan
-1/2 biji limau nipis
-Daun limau purut
Cara penyediaan
-Rebus kesemua bahan dalam 15 minit kemudian toskan dan tumbuk kasar.
-Panaskan minyak, goreng bumbu yang ditumbuk, masuk belacan, gula, garam, mushroom seasoning dan perahan limau nipis.
-Goreng cili hingga garing, masuk daging yang telah digoreng dan daun limau purut. Sedia untuk dihidang. – UTUSAN