MELIHAT burger yang penuh disalut keju selain ‘roti hitam’ ketika menu dihidangkan di atas meja memberikan sedikit kelainan kepada saya.
Manakan tidak, sebelum ini burger biasa dimakan hanyalah lapisan keju yang diletakkan dalam kepingan daging dan roti, bukan disalut penuh bersama burger.
Namun, ketika berkunjung ke salah sebuah cawangan The Brgr di Glenmarie Shah Alam, saya dihidangkan dengan menu tersebut dan ini pertama kali mencuba burger sedemikian yang dinamakan Dirty Cheese Burger.
Bagi penggemar keju, menu ini didatangkan khas bersama daging tebal yang memberikan adunan cita rasa lengkap.
Selain itu, struktur patti daging yang tebal juga dimasak sempurna dan tidak terlalu kering dan berjus.
Namun, bagi mereka yang inginkan rasa pedas, sos cili boleh ditambah pada burger tersebut selain untuk mengurangkan rasa muak keju.
Selain itu, struktur roti lembut dan cukup tebal untuk meletakkan patti daging bersama sayur serta bahan lain sekali gus menjadikan ia seimbang.
Pelanggan dalam masa sama juga boleh memilih roti burger hitam atau dikenali sebagai roti burger charcoal, namun rasa sedikit berbeza dan pahit.
Hidangan Dirty Cheese Burger juga didatangkan bersama ketulan kecil ayam goreng goreng seakan-akan pop corn.
Selain itu, apa yang menarik, pelanggan juga boleh mencuba burger berkonsepkan makanan laut dengan menikmati hidangan burger UFO sotong bersama fried chicken patty dan soft shell crab.
Untuk kedua-dua menu ini, pelanggan boleh memilih sama ada patti ayam atau patti daging lembu Australia dan digabungkan bersama sotong serta ketam yang digoreng ranggup.
Bagaimanapun, rasa sotong dan ketam sedikit ‘tenggelam’ disebabkan rasa daging mengatasi kedua-dua makanan laut tersebut.
Cita rasa 1,001 burger di The Brgr
- Oleh MOHAMAD HAFIZ YUSOFF BAKRI
- 22 Mei 2022, 1:03 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
BERITA BERKAITAN
Tiga mati lemas ketika aktiviti berakit di Gopeng
15 November 2024, 8:27 pm
Empat pelajar IPT ditangkap bersama 1.9kg ganja
15 November 2024, 7:50 pm
Kurikulum baharu prasekolah diperkenalkan 2026
15 November 2024, 7:23 pm