Sesungguhnya tiada pengalaman yang lebih indah berbanding mendengar pemilik restoran yang satu ini berbicara sejarah berniaga, sambil berlatarkan ngauman enjin kenderaan melintasi jalan utama bertentangan kedainya pada malam yang diterangi rembulan. Membuat memori lebih syahdu, sudahlah ceritanya penuh nilai cekal seorang usahawan, sambil bercerita pula sempat dia membalik-balikkan daging yang diasap dalam drum smoke yang ditempah khas. Persis cef profesional, saat daging dibalikkan segera terbit bau harum semerbak mewangikan ruang makan. Demikian cebisan memori yang membenih segar dalam ingatan, saat berkunjung di restoran Big Bear Station di Kajang Perdana. CEKAL…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya