Carcosa Seri Negara: ‘Tempat disayangi’ perlukan perhatian

Carcosa Seri Negara: ‘Tempat disayangi’ perlukan perhatian, nilai tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Dengan kedudukannya yang terletak di ibu kota, Carcosa Seri Negara merupakan dua bangunan kolonial paling bersejarah di negara ini.

Bersempena dengan bulan kemerdekaan, Redah cuba mengimbau kembali beberapa detik penting yang tercatat pada bangunan lama ini untuk tatapan generasi masa kini.

Kedua-dua bangunan ini antara bangunan pertama yang mendapat bekalan elektrik selain majlis tanda tangan deklarasi kemerdekaan negara yang telah diadakan di sini.

Di samping itu, Redah difahamkan dokumen Perlembagaan Persekutuan turut disiapkan di sini.

Selepas hampir 100 tahun, bangunan yang kini bernilai RM1 bilion tersebut kini terbiar kosong dimamah usia tanpa sebarang fungsi.

Apa yang membimbangkan, Carcosa yang bermakna ‘tempat disayangi’ (dalam bahasa Itali) besar kemungkinan bakal lenyap sekiranya tiada apa-apa tindakan pemeliharaan dan pemuliharaan diambil.

Kegusaran ini juga pernah ditimbulkan pakar sejarah Prof. Datuk Dr. Ramlah Adam kira-kira lima tahun lalu yang berharap ada tindakan diambil agar ia dapat dikekalkan.

Dalam pada itu, salah seorang perunding Afzal Azhari berkata, kos baik pulih bangunan perlu dibuat berdasarkan kajian sejarah dan kajian forensik bangunan yang boleh menyumbang kepada peningkatan kos.

SERI NEGARA

 Dibina pada tahun 1915 sebagai rumah penginapan Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan Tanah Melayu dan kediaman rasmi untuk menyambut tetamu Gabenor Negeri-negeri Selat.
 Turut dikenali sebagai Government House
 Gabenor Negeri-negeri Selat, Sir John Anderson mencadangkan agar Residen Jeneral berpindah ke kediaman kecil manakala Carcosa pula untuk Pesuruhjaya Tinggi British.
 November 1910, Residen Jeneral ditukar kepada Ketua Setiausaha Edward Brockman mendiami. Pesuruhjaya Tinggi perlu tinggal di Singapura.
 Pada 1930 ia dinamakan sebagai King House sempena Raja George V
 Seni bina berkonsepkan Neo-klasikal
 Dikatakan direka oleh arkitek British Arthur Benison Hubback.
 Pekerja di sini terdiri tujuh pemandu, sembilan budak pejabat, empat pengemas bilik, empat penjaga pantri dan stor.
 Tempat berlangsungnya majlis-majlis tertentu oleh Pesuruhjaya Tinggi British. Selain itu, majlis persidangan turut diadakan di sini.
 Pada 5 Ogos 1957, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 untuk kemerdekaan dimeterai di Dewan Jamuan King House.
 Kemudian pada 31 Ogos 1957, ia telah dikosongkan
 Pada September 1957 ia mula dijadikan sebagai Istana Tetamu
 Selepas dua tahun kemerdekaan iaitu pada 1959, bangunan ini turut menjadi lokasi pertemuan pemimpin dan tetamu dunia.
 1 September 1960, Tuanku Sultan Hishamudin mangkat di sini dan disolatkan di Dewan Makan.
 Ia kemudian dinamakan sebagai Seri Negara pada tahun 1989 dan turut dijadikan hotel mewah bersama bangunan Carcosa (Hotel Carcosa Seri Negara) pada tahun tersebut.
 Pernah berlaku kebakaran sehingga merosakkan bumbung sayap kiri bangunan pada tahun 2020.
 Pada Jun 2017 sehingga 2018 ia dipajak Asian Heritage Museum.
CARCOSA

 Direka dan dibina pada tahun 1896 oleh Sir Frank Swettenham sebagai simbol pentadbiran kolonial British apabila Negeri-negeri Melayu Bersekutu ditubuhkan.
 Pernah menjadi kediaman rasmi Residen Jeneral British dan Pesuruhjaya Tinggi
 Pada 31 Ogos 1957, ia dikosongkan oleh Ketua Setiausaha David Watherson dan menjadi kediaman Pesuruhjaya Tinggi British Pertama, Geofroy Troy
 Pemerintah Selangor menyerahkan pemilikan tanah kepada Pesuruhjaya Tanah Persekutuan pada 20 Julai 1966,
 17 Mei 1967 diserah kepada Kementerian Bangunan & Kerja Awam United Kingdom (UK).
 1981, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan dasar Beli Produk British terakhir (Carcosa)
 1982, Anwar Ibrahim selaku Menteri Budaya Belia Sukan pula menggesa agar kerajaan mengambil balik Carcosa dalam Perhimpunan Agung UMNO
 1989, diambil alih dan menjadi hotel. Ratu Elizabeth menjadi tetamu pertama hotel Carcosa sempena Mesyuarat Ketua-ketua Negara Komanwel.

SUMBER: Arkrib Utusan Malaysia dan Setiausaha Persatuan Warisan Perak Nor Hisham Zulkiflee.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya