Tarikan tersembunyi untuk ‘healing’ di Putrajaya, Selangor - Utusan Malaysia

Tarikan tersembunyi untuk ‘healing’ di Putrajaya, Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KALAU tidak disebabkan jemputan menyertai pertandingan acara pencarian harta karun anjuran Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) tempoh hari, saya tidak mengetahui betapa banyaknya tempat menarik di Putrajaya dan Selangor.
Tambahan pula, jarak kedua-dua tempat ini tidak jauh dari ibu kota dengan masa perjalanan yang agak pendek berbanding di negeri lain, menjadikan ia antara kelebihan untuk percutian lebih-lebih lagi seisi keluarga.
Itu menjadi sebahagian tarikan utama disebabkan kadar penjimatan masa dan poket lebih-lebih lagi dalam kejatuhan nilai ringgit.
Malah daripada segi keseimbangan kehidupan dan pekerjaan, ia sudah cukup mantap. Beriadah dan menghabiskan aktiviti bersama keluarga menjadi sebahagian cara untuk ‘healing’ -satu ungkapan yang kerap diguna pakai dan menjadi trend pada masa kini.
Menerusi program yang saya sertai baru-baru ini, tempat-tempat menarik ini mengajak saya berkongsi dengan pembaca meluaskan sempadan percutian terutama bersama keluarga.
Antara tempat yang wajib pergi termasuklah:

Wetland Studio Putrajaya
Konsep di sini adalah taman tema berbentuk pendidikan lengkap berhawa dingin. Ada pelbagai replika haiwan seperti dinosour beserta maklumat .
Selain itu, taman tema di sini memanfaatkan kemajuan teknologi seperti hologram, realiti tambahan (AR), realiti campuran (MR) serta realiti maya (VR) dan juga kandungan digital animasi KiKaKo Kids sebagai tarikan.
Malah terdapat 15 ruangan termasuk tarikan tambahan Panorama, Lakes & Rivers dan Majestic Ocean.
Tiket yang dikenakan adalah RM25 untuk dewasa manakala RM15 bagi kanak-kanak.

Kompleks Nasyrul Quran
Ini kali pertama saya mengetahui wujudnya pusat pencetakan al-Quran kedua te

rbesar di dunia selepas Pusat Percetakan al-Quran al-Malik Fahd di Madinah.
Terletak di Presint 14, kompleks ini mempunyai galeri pameran, kafe, bilik mesyuarat, surau, galeri melihat proses percetakan, dan pejabat pentadbiran dan pengurusan.
Kompleks ini juga mempunyai ukiran khat yang cantik dan koleksi replika pedang para sahabat nabi Muhammad SAW seperti Abu Bakar As-Siddiq dan Uthman bin A

ffan.Ia dibuka setiap Isnin sehingga Sabtu dari pukul 9 sehingga 4.30 petang.

Taman Cahaya Putra Perdana
Saya pasti tempat ini menjadi tarikan utama wanita disebabkan suasana di sekeliling berwarna warni dan ada pelbagai jenis bunga.
Bergambar di taman ini dan memuat naik di Instagram serta Facebook pasti mengundang sesaiapa sahaja untuk ke sini.
Bagi mereka yang mahu berkunjung ke ini, ia terletak di pintu masuk ke Taman Putra Perdana Presint 1, Putrajaya, berhadapan Hotel Pulse Grande.

Homestay Banghuris
“Apa makna Banghuris?” Tanya kawan kepada saya sewaktu mula-mula sampai ke sini. Menurut salah seorang penduduk, Banghuris adalah gabungan nama tiga kampung iaitu Kampung Bukit Bangkong, Kampung Hulu Chuchuh dan Kampung Hulu Teris.
Seandainya ada yang nak ‘ghaso-ghaso’ kehidupan ala kampung, di sini ada menawarkan pelbagai kemu­dahan penginapan dan aktiviti seperti memancing, permainan tradisional dan banyak lagi.
Lokasinya juga tidak begitu jauh dan terletak kira-kira 50 kilometer (km) dari Putrajaya dan lebih 90 km dari Kuala Lumpur.

Perkampungan kebudayaan Mah Meri
Tidak rugi datang ke sini untuk melihat dan mengetahui secara lebih dekat kehidupan masyarakat Mah Meri. Perjalanan sejauh 40 km juga amat berbaloi kerana pengunjung bukan sahaja melihat, tetapi dapat merasai pengalaman pembuatan atap mengkuang, menyumpit atau melastik di sini.
Malah pengunjung juga berpeluang untuk melihat dan mengetahui lebih dekat tentang adat perkahwinan Orang Asli Mah Meri.
Selain pameran dan aktiviti, terdapat juga gerai jualan cenderahati untuk para pengunjung. – Mingguan Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya