Melaka intai peluang pelancongan kesihatan selain Indonesia

Melaka intai peluang pelancongan kesihatan selain Indonesia

ABDUL RAZAK Abdul Rahman menyerahkan cenderamata kepada salah seorang pelancong pada Majlis Sambutan Penerbangan Pertama Pesawat Wings Air dari Pekanbaru di LTAM, Batu Berendam, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Melaka mengintai peluang untuk memperkenalkan sektor pelancongan kesihatan sebagai destinasi pilihan dalam kalangan pelancong dari luar negara, selain Indonesia.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, berdasarkan sambutan rakyat Indonesia yang menjadikan Melaka sebagai destinasi mendapatkan rawatan kesihatan, adalah tidak mustahil negeri ini mampu meninjau peluang ke beberapa negara lain.

Menurutnya, kempen promosi di Dubai dan Filipina baru-baru ini yang disertai oleh wakil hospital swasta menunjukkan sambutan amat menggalakkan.

“Justeru, sektor pelancongan kesihatan di Melaka sebenarnya mempunyai potensi besar menarik minat pelancong dari negara lain selain Indonesia. Apa yang penting, kita perlu mempertingkatkan promosi Melaka sebagai destinasi pelancongan kesihatan untuk menarik minat pelancong dari negara lain,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Sambutan Penerbangan Pertama Pesawat Wings Air dari Pekanbaru, Indonesia di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Batu Berendam di sini, Isnin lalu.

Tambah Abdul Razak, penerbangan pertama Wings Air menyaksikan 85 peratus daripada 60 penumpang yang tiba, hadir untuk mendapatkan rawatan perubatan di beberapa hospital swasta di sini.

Beliau berkata, kerajaan negeri berharap dapat memupuk kerjasama strategik dengan lebih ramai peneraju industri bagi menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan berkualiti kepada pesakit antarabangsa.

“Justeru, kami mengalu-alukan lebih banyak hospital swasta untuk beroperasi di sini dalam usaha mewujudkan industri pelancongan kesihatan di negeri ini. Tahun ini sasaran 8.4 juta pelancong melawat Melaka dan sebahagiannya adalah daripada pelancong dalam sektor pelancongan kesihatan,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya