Tanda-tanda anda mengalami stres - Utusan Malaysia

Tanda-tanda anda mengalami stres

Dr. Kartini Abdullah
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Sesetengah individu berisiko tinggi untuk mengalami masalah kesihatan mental termasuk kemurungan terutama ketika berada di dalam keadaan stres melampau dan isolasi daripada rangkaian sokongan keluarga dan sahabat handai.
Masalah stres bukan sahaja memberi kesan kepada kesihatan mental tetapi secara tidak langsung mengganggu kualiti hidup individu terbabit.
Menurut Pakar Psikiatri dari Hospital Pakar KPJ Batu Pahat, Dr. Kartini Abdullah, tanda-tanda stres yang wujud pada seseorang boleh dilihat dari tiga segi, iaitu fizikal, mental dan tingkah laku.
Dari segi fizikal, orang yang menghadapi stres akan selalu berasa kering mulut, sakit kepala, susah tidur, jantung berdebar-debar, mudah penat dan sakit kepala serta perut.
“Jika dilihat dari segi psikologi, orang yang menghadapi tahap stres yang tinggi akan menunjukkan tanda seperti mudah lupa, cepat marah, rasa gelisah dan bimbang serta kurang daya tumpuan,” jelasnya.
Tambah Dr. Kartini, orang menghadapi tahap stress yang tinggi juga boleh dikesan dari segi tingkah lakunya. Sebagai contoh, mereka yang stres akan merokok secara berlebihan, menyalahguna alkohol dan dadah, menghadapi tabiat makan serta menunjukkan tingkah laku agresif, buli dan vandalisme.
“Tanda-tanda seperti yang saya kongsikan perlu dipandang serius sebelum ia bertambah teruk kerana ia akan mengakibatkan gangguan emosi, masalah tingkah laku serta perubahan personaliti,” ujarnya.
Menurut Dr. Kartini, langkah pencegahan awal perlu diambil secepat mungkin untuk mengelakkan stres bertambah teruk kerana ia akan menjurus kepada kemurungan.
Untuk penyelesaian jangka pendek, Dr. Kartini berkongsi kaedah 10B, iaitu Bertenang, Bernafas dengan dalam, Berbicara dengan diri sendiri atau refleksi diri, Beribadat, Bercakap dengan seseorang, Berurut, Berehat dan mendengar muzik, Beriadah, Bersenam serta Berfikiran positif.
“Dengan melakukan kaedah 10B, kesan fizikal stres seperti denyutan jantung laju, marah, rasa gelisah, gementar dari sakit kepala dapat dikurangkan.
“Untuk penyelesaian jangka panjang pula, mereka boleh cuba mengamalkan konsep IDEAL. ‘I’ yang atau dikenali Indentiti bermaksud kenalpasti masalah sebenar, ‘D’ Describe pula bererti mencari cadangan penyelesaian yang ada, E atau Evaluate iaitu membuat penilaian atas setiap cadangan.
“A atau Act iaitu bertindak berdasarkan pilihan yang ada atau terbaik. L iaitu Learn pula bererti belajar dari pengalaman tidak kira pengalaman yang berjaya atau tidak,” kata Dr Kartini.
Beliau juga memberi nasihat kepada orang ramai supaya selalu memberi sokongan dan mengambil berat terhadap ahli keluarga atau kawan yang mengalami masalah stres.
“Jika anda perasan ahli keluarga anda menunjukkan tingkah laku yang tidak normal, sila ambil tindakan segera dengan membawanya berjumpa pakar perubatan bagi mengelakkan daripada perkara yang tidak diingini berlaku,” katanya.

Seseorang yang mengalami stres boleh mengurangkan stres dengan cara mengamalkan kaedah 10B.

Kaedah 10B ini adalah :-
Bertenang
Bernafas dengan dalam
Berkata ‘rilekslah’/
tak mengapa
Beribadat
Bercakap
dengan seseorang
Berurut
Berehat dan
mendengar muzik
Beriadah
Bersenam
Berfikiran positif

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya