Kanser serviks atau pangkal rahim adalah kanser ketiga yang kerap berlaku dalam kalangan wanita muda di Malaysia selepas kanser ovari dan payu dara.
Menurut Pakar Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pakar KPJ Batu Pahat, Dr. Norliza Mat Desa, semua wanita yang pernah atau aktif melakukan hubungan seks berisiko mendapat kanser serviks.
Tambah Dr. Norliza, jangkitan virus Human Pappiloma Virus (HPV) adalah faktor utama yang meningkatkan lagi risiko seseorang mendapat kanser serviks. Virus ini boleh disebarkan melalui aktiviti seks atau sentuhan.
“Aktiviti seks rambang, mempunyai pasangan yang juga melakukan hubungan seks dengan lebih daripada seorang pasangan atau mengadakan hubungan seks dengan orang yang dijangkiti antara punca individu itu boleh mendapat jangkitan virus HPV, seterusnya berisiko mendapat kanser serviks.
“Faktor lain seseorang mendapat kanser serviks ini termasuk juga merokok, penggunaan ubat pencegahan kehamilan oral secara jangka panjang, mempunyai sejarah kanser serviks dalam keluarga atau rendah tahap imuniti dalam badan,” katanya.
Menurut Dr. Norliza, walaupun kanser serviks jarang menunjukkan simptom ketara pada peringkat awal, namun jika berlaku simptom seperti pendarahan faraj yang luar biasa, sakit pada pinggang atau bawah abdomen/pelvis, sakit atau tidak selesa semasa hubungan seks, lelehan faraj yang cair, berdarah dan berbau busuk.
Justeru, golongan yang berisiko ini dinasihatkan berjumpa dengan pakar ginekologi dengan segera.
“Kanser serviks merupakan penyakit yang mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk bermutasi. Oleh itu, saya menasihatkan wanita yang sudah berumah tangga menjalankan ujian pap smear setiap tiga tahun sekali.
“Ujian pap smear boleh dilakukan di hospital dan klinik kesihatan atau klinik dan hospital swasta yang menyediakan kemudahan itu. Ujian ini tidak mengambil masa panjang dengan hanya mengambil sampel sel dari kawasan serviks untuk mendapatkan keputusan.” katanya.
Beliau juga menerangkan bahawa, persepsi tentang pesakit kanser serviks mempunyai tabiat seksual seperti terlalu aktif dan kerap bertukar pasangan perlu dibetulkan.
Ini kerana, katanya, walaupun orang itu mempunyai seorang pasangan sahaja, mereka masih berisiko untuk mendapat jangkitan HPV yang boleh mengakibatkan kanser serviks.
Jelasnya lagi, HPV boleh dibendung dengan suntikan vaksinasi yang kebiasaannya diberikan sebanyak tiga dos dalam tempoh enam bulan untuk melengkapkan antibodi wanita melawan virus itu.
“Vaksin hanya boleh mencegah jenis jangkitan HPV tertentu dan tidak merawat jangkitan HPV sedia ada. Biasanya, vaksin patut diambil sebelum seseorang itu mula menjadi aktif secara seksual.
“Mencegah lebih baik daripada mengubati, saya menasihatkan semua wanita untuk melakukan ujian pap smear yang hanya mengambil masa kurang daripada satu minit kerana hasil ujian berkenaan boleh mengenal pasti tahap kesihatan pangkal rahim seseorang wanita,”jelas Dr. Norliza. – Mingguan Malaysia
Kanser serviks kerap serang wanita muda
- Oleh RABIATU L ADAWIYAH KOH ABDULLAH
- 15 Januari 2023, 3:37 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
BERITA BERKAITAN
Ikut Machiavelli, ‘harimau dari perut’ atau taktikal
15 Disember 2024, 10:10 am
Jangan pinggirkan pendidikan inklusif
8 Disember 2024, 10:03 am
Melindungi pemberi maklumat rasuah
1 Disember 2024, 9:03 am