Hilang pendengaran sebelum usia tua - Utusan Malaysia

Hilang pendengaran sebelum usia tua

Dr. Cammy Ng Sze Yin
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pendengaran adalah salah satu pancaindera yang penting kepada setiap manusia dan penting dalam proses komunikasi.
Justeru untuk menghasilkan komunikasi berkesan, pendengaran yang normal adalah penting. Bagaimanapun, gangguan pendengaran adalah masalah tersembunyi dan tidak dapat ditentukan hanya melalui pemerhatian fizikal.
Ia boleh dikesan setelah menjalani beberapa ujian pendengaran. Mengikut statistik, masalah pendengaran berlaku pada setiap peringkat umur, sama ada peringkat bayi, remaja, dewasa mahupun warga tua. Oleh itu, pengetahuan mengenali telinga adalah penting untuk mengetahui lebih mendalam mengenai fungsinya dan masalah pendengaran yang dihadapi.
Menurut, Pakar Perunding Bedah Telinga, Hidung, Tekak dan Leher Hospital Pantai Hospital Laguna Merbok, Dr. Cammy Ng Sze Yin, tanda-tanda awal masalah pendengaran dalam kalangan orang muda termasuk telinga berdesing berterusan, perasaan telinga tersumbat dan tidak memahami percakapan orang lain di tempat yang bising.
“Punca-punca awal kurang atau hilang pendengran boleh dibahagikan kepada congenital ataupun acqui­red. Untuk con­genital, ada sindrom tertentu yang melibatkan masalah pendengaran dalam kalangan remaja dan orang muda.
“Ada juga masalah struktur dalam telinga menyebabkan kurang atau hilang pendengaran seperti large vestibular aqueduct. Punca acquired lebih sering berlaku.
“Antaranya termasuk jangkitan kuman, gegendang berlubang, masalah hidung menyebabkan belakang gegendang berair, masalah cholesteatoma, penggunaan ubat-ubatan tertentu, serangan visur pada saraf dengar, trauma dan pendedahan kepada bunyi kuat seperti di tempat kerja, letupan dan penggunaan headphone berterusan,” katanya.
Dalam pada itu, katanya, gaya hidup atau pekerjaan harus ditukar untuk mencegah masalah pendengaran agar tidak menjadi lebih serius.
Setiap orang harus menjaga telinga supaya pendengaran tidak merosot semasa muda. Antaranya, tidak menggunakan cotton bud untuk mencuci telinga, kurangkan penggunaan headphone, menjauhi bunyi letupan kuat dan menggunakan alat pelindung telinga di tempat kerja yang bising.
Bagi membezakan atau klasifikasikan tahap masalah kurang pendengaran ini di tahap medium atau serius. Dr. Cammy menjelaskan, ujian pendengaran akan dilakukan untuk menentukan tahapnya.
Ujian pendengaran boleh dikelaskan kepada ujian subjektif ataupun objektif. Ujian Subjektif adalah seperti Pure Tone Audiogram manakala ujian objektif seperti Brainstem Evoke Response Audiometry.
“Seseorang yang mengalami masalah ini boleh meningkatkan pendengaran bergantung kepada punca kehilangan pendengaran. Rawatan yang sesuai untuk jangkitan kuman ataupun masalah hidung boleh meningkatkan pendengaran.
“Pembedahan untuk menampal gegendang, mengeluarkan air belakang gegendang dan pembedahan kes cholesteatoma berpeluang menambah pulih pendengaran. Tetapi, jika puncanya adalah masalah saraf, pesakit boleh menggunakan hearing aids untuk meningkatkan pendengaran. Untuk sesetengah pesakit, pembedahan Cochlear Implant juga boleh dilakukan bagi meningkatkan pendengaran,” katanya.

Golongan pekerja yang berkemungkinan terdedah kepada masalah ini adalah seperti berikut:

Pekerja kilang kain/ tekstil
Pekerja kilang keluli
Pekerja kuari
Tentera dan polis yang menjalani latihan menembak
Pekerja industri
pemprosesan makanan
Pekerja di lapangan terbang
Pekerja industri logam
Pekerja kilang perabot
Kakitangan unit vektor

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya