Diet selepas buang hempedu, tak boleh makan nasi kandar

Diet selepas buang hempedu, tak boleh makan nasi kandar, nasi lemak, roti canai?

Norhamizah Sohaimi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENYAKIT batu karang hempedu dikaitkan dengan makanan berkoles­terol tinggi termasuk nasi kandar, nasi lemak dan roti canai.

Secara umum, penyakit batu karang hempedu lazimnya berlaku akibat proses ketepuan kolesterol. Kemudian, kolestrol tepu menyebabkan pembentukan kristal kolesterol dan mengambil masa bertahun untuk terbentuk sebagai batu.

Dalam kes pesakit kronik, pesakit akan menjalani pembedahan membuang pundi hempedu. Berbeza dengan pembedahan 10 tahun dahulu, kini pesakit yang selesai menjalani pembedahan, rutin harian seperti keluar bekerja, berniaga atau pun menghadiri kuliah boleh dilakukan seperti biasa, asalkan luka jahitan sembuh sepenuhnya.

Namun begitu, mereka perlu mengambil perhatian dari segi corak pemakanan memandangkan diet untuk golongan tiada hempedu berbeza dengan mereka yang sempurna organ dalamannya.

Memetik kenyataan healthline.com, pesakit yang tidak lagi mempunyai pundi hempedu perlu mengelakkan beberapa kategori makanan bagi mengatasi masalah kesihatan lain. Jika tidak mengawal pemakanan pesakit bukan sahaja berisiko mengalami cirit-birit, malah berdepan reaksi angin melampau dalam perut dan perut kembung.

Menurut Pakar Pemakanan, Hospital Pantai Laguna, Merbok, Kedah, Norhamizah Sohaimi, pesakit tanpa hempedu perlu mengelak makanan berminyak, berlemak dan bersantan dalam menu harian berikutan badan sudah kehilangan hempedu iaitu organ yang berfungsi menyerap dan mencerna lemak.

“Secara asasnya, terdapat dua fasa pemakanan yang mana dalam tempoh seminggu selepas pembedahan (fasa pertama) pesakit harus elak makanan berminyak dan berlemak, sebaliknya mengamalkan diet sihat dan seimbang.

“Antaranya memperbanyakkan sumber makanan tinggi serat larut seperti oat, barli dan kekacang serta elak sayur berdaun hijau. Langkah ini adalah untuk mengatasi masalah cirit-birit berlarutan.

“Ini disebabkan pada minggu pertama selepas pembedahan, pesakit akan mengalami simptom cirit-birit, maka jika tidak mengawal pemakanan yang betul bimbang ia lebih memudaratkan,“ katanya.

Katanya, bagi penggemar menu bersantan seperti kari, disarankan menggantikannya dengan susu rendah lemak atau kari tanpa lemak mengikut resipi masyarakat India.

Kepada yang melanggar ‘pantang‘ seperti yang digariskan, Norhamizah berkata, tindakan itu dikhuatiri akan mengganggu jantung dan usus kelak.

“Petua lain untuk mengatasi cirit-birit selepas pembedahan membuang pundi hempedu adalah meningkatkan kandungan serat dalam makanan, yang dapat membantu menormalkan pergerakan usus. Serat dalam jumlah sederhana dapat meningkatkan proses pencernaan sekiranya tiada pundi hempedu,” ujarnya.

Sumber makanan serat larut harus ditambah, seperti oat dan barli. Contoh lain makanan serat larut adalah: rai, buah-buahan, sayur-sayuran, hijau dan kacang.

Di samping itu, penting mengambil sejumlah besar air sepanjang hari untuk mengiringi pengambilan makanan yang berfungsi sebagai sumber serat. Pengambilan serat tanpa air boleh menyebabkan kekeringan usus.

“Pesakit juga perlu meng­elakkan produk kafein, makanan manis dan produk tenusu kerana ia memburukkan lagi cirit-birit setelah mengeluarkan pundi hempedu.

“Kafein menjadikan perut lebih berasid, cepat kosong dan rasa tidak selesa bagi mereka yang baru saja membuang pundi hempedu,” katanya.
Oleh itu, ada baiknya membatasi makanan atau minuman berkafein dan itu termasuk teh, soda, minuman tenaga dan coklat.

Setelah mengeluarkan pundi hempedu, sesetengah pesakit akan berisiko mengalami cirit-birit. Tiada diet spesifik, namun jika pesakit menghadapi masalah ini, terdapat beberapa perkara yang mungkin perlu dipertimbangkan.

Pantang Larang Selepas Buang Hempedu

  • Elakkan makanan tinggi lemak seperti makanan bergoreng, kuah berlemak dan bersantan. Ini kerana ia mengambil masa lama untuk dicerna yang mana boleh menyebabkan perut bergas, kembung dan cirit- birit.
  • Pesakit digalakkan makan makanan yang dimasak menggunakan cara stim, rebus, gril ataupun bakar bagi mengurangkan pengambilan lemak.
    Untuk pesakit yang mengalami cirit- birit, elakkan makanan yang memburukkan lagi keadaan cirit birit seperti:
  • Minuman berkafein (kopi, minuman berkarbonat)
  • Sumber tenusu (susu, yogurt, keju, mentega, aiskrim)
  • Makanan dan minuman manis
  • Makan makanan yang mengurangkan cirit-birit seperti serat larut seperti oat, barli dan kekacang.
  • Tingkatkan pengambilan serat selepas cirit-birit sembuh dengan makanan seimbang mengikut ‘suku-suku separuh’ iaitu pastikan mengandungi karbohidrat, protein dan serat.
  • Elakkan makanan proses kerana ia mengambil masa lama untuk dihadam.
  • Pesakit digalakkan menjalani kehidupan aktif bagi mengekalkan keseimbangan kesihatan tubuh badan.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya