Waspada risiko miokarditis selepas vaksin - Utusan Malaysia

Waspada risiko miokarditis selepas vaksin

Dr. Angeline Swee Kim
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Rata-rata ibu bapa mempunyai pelbagai pandangan dan pendirian masing masing mengenai kesan sampingan vaksin Covid-19. Ada antara ibu bapa risau kesan sampingan yang akan dihadapi terutama berkaitan radang otot jantung atau miokarditis.
Di Amerika Syarikat, 8.7 juta kanak-kanak sudah divaksin. Hanya 11 hingga 12 kes melibatkan kes miokarditis dan kesemuanya telah pulih. Di Singapura pula, lebih 20,000 kanak-kanak mendapat suntikan dengan tiada kematian dicatatkan.
Justeru, ibu bapa yang mempunyai anak yang ada alahan teruk perlu dirujuk kepada doktor terlebih dahulu sebelum mengambil vaksin. Ini kerana sama ada ibu bapa setuju atau tidak, vaksin dalam kalangan kanak-kanak perlu dipandang serius.
Artikel daripada Johns Hopkins Medicine, Amerika Syarikat (AS) mendedahkan, varian Delta memainkan peranan dalam peningkatan kes positif. Virus tersebut juga boleh dihantar dengan mudah oleh kanak-kanak dan orang dewasa yang tidak divaksinasi. Kanak-kanak terutamanya boleh mengalami komplikasi sindrom keradangan yang memerlukan penjagaan rapi atau mendapat gejala berpanjangan.
Namun, jika vaksin diambil, ia mengurangkan peluang virus untuk bermutasi kepada varian baharu yang mungkin lebih berbahaya.
Menurut Pakar Pediatrik, Pantai Hospital Penang, Dr. Angeline Swee Kim, miokarditis diiktiraf sebagai komplikasi jarang vaksinasi mRNA penyakit coronavirus 2019 (Covid-19), terutamanya pada golongan lelaki dewasa muda dan remaja.
“Menurut Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS, kadar miokarditis adalah 12.6 kes setiap juta dos vaksin mRNA dos kedua dalam kalangan individu berumur 12 hingga 39 tahun. Hanya orang yang mempunyai sejarah tindak balas alahan yang teruk kepada mana-mana komponen vaksin tidak boleh mengambilnya. “ Justeru orang ramai perlu berhati-hati terhadap simptom seperti sakit dada, sesak nafas, perasaan jantung berdegup kencang atau berdebar-debar. Gejala biasanya bermula hari pertama hingga keenam selepas pemberian vaksin (kebanyakannya selepas dos kedua),” katanya.
Dalam pada itu, beliau menasihatkan jika orang ramai mengalami simptom tersebut, jumpa doktor dengan segera.
“Miokarditis atau perikarditis adalah satu kondisi yang sukar dikesan kerana ketiadaan simptom. Selalunya, simptom yang pesakit alami adalah tanda penyakit lain seperti serangan jantung.
“Memang ada laporan kesan sampingan seperti miokarditis dan perikarditis selepas (menerima) vaksin MRNA seperti Pfizer atau Moderna dalam kalangan lelaki remaja dan bawah 30 tahun.
“Biasanya selepas seminggu pertama vaksinasi dos kedua. Tapi bilangannya kecil. Hanya kira-kira 0.001 peratus daripada penerima.
“Setakat data yang kita terima dari seluruh dunia, kebanyakan kes yang dilaporkan (dalam kalangan remaja menerima vaksin mRNA) adalah ringan dan sembuh dengan cepat selepas rawatan ringkas,” katanya.

Katanya, vaksinasi Covid-19 penting untuk melindungi kanak-kanak dan remaja daripada virus, terutama di saat kebanyakan golongan dewasa sudah menerimanya.
Sebagai langkah berjaga-jaga, elakkan melakukan senaman berat selepas menerima vaksinasi. Jika boleh, berehatlah sehingga anda benar-benar sihat.
Dr. Angeline memberitahu, banyak kes miokarditis yang dilaporkan di Amerika Syarikat dipercayai melibatkan kegiatan bersukan selepas vaksinasi.
“Nasihat ini bukan untuk remaja sahaja tetapi sesiapa sahaja. Mereka patut elak kegiatan berat selama kira-kira seminggu Untuk kanak-kanak, kita nasihatkan rehat antara dua hari hingga seminggu.”
Sementara itu, penerima vaksin juga dinasihatkan tidak mengambil ubat seperti paracetamol dan ibuprofen untuk mengelakkan kesan kesakitan dan demam – sebelum disuntik. Ubat-ubat itu hanya perlu diambil jika individu mengalami sakit atau demam selepas suntikan.
“Garis panduan untuk untuk elak sakit dan demam bukan untuk vaksin Covid-19 saja, tetapi semua vaksin.
“Sebab ia mungkin sebabkan vaksin tak beri kesan terbaik,” katanya lagi.

Info
Jika anda risau mengenai miokarditis atau perikarditis, pastikan anda sentiasa berjaga-jaga dengan simptom seperti:

Sakit dada.
Sesak nafas.
Degupan jantung yang kuat.
Rasa letih dan penat.
Rasa hendak pitam.
Bengkak pada kawasan tangan, kaki dan buku lali. Pengsan.

Jika anda mengalami simptom di atas, jumpa doktor dengan segera.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya