Vape mampu bantu kurang tabiat merokok, tetapi perlu dikawal selia

Vape mampu bantu kurang tabiat merokok, tetapi perlu dikawal selia

vape
Industri vape berpotensi memberi sumbangan yang signifikan kepada pertumbuhan ekonomi negara melalui kawal seliaan yang baik. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MAJORITI  masyarakat dan pengamal  kesihatan awam telah tersalah tafsir punca penyakit berkaitan paru-paru akibat vape atau lebih dikenali sebagai EVALI. Ini ekoran mereka terlepas pandang fakta berkenaan kehadiran bahan terlarang yang tidak dikawal selia dalam cecair vape tersebut.

Akibatnya, ramai yang menolak vape, malah menyangkal keupayaannya membantu perokok meningkatkan kualiti kehidupan. Secara tidak langsung mengurangkan perbelanjaan negara bagi merawat penyakit berkaitan dengan tabiat merokok.

Bagi Pakar Kesihatan Awam daripada Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh, beliau tidak menolak keupayaan vape untuk digunakan bagi membantu perokok berhenti merokok.

Tetapi katanya, ia mesti di kawal selia secara teliti. Terutamanya apabila faktor penggunaan vape yang kurang memudaratkan berbanding merokok dan boleh meningkatkan kualiti kehidupan perokok tegar, dijadikan sebagai sebagai fokus.

Memetik laporan Kosmo, beliau yang juga Pensyarah Jabatan Kesihatan Komuniti UKM berkata demikian dalam satu pembentangan pada persidangan komuniti perubatan anjuran Persekutuan Persatuan Pengamal Perubatan Swasta Malaysia (FPMPAM) baru-baru ini.

Keupayaan vape untuk digunakan bagi membantu perokok berhenti merokok tidak boleh disangkal namun ia perlu dikawal selia. – GAMBAR HIASAN

Inflamasi

“Tidak dinafikan bahawa terdapat kajian menunjukkan penggunaan vape boleh mengakibatkan inflamasi pada paru-paru. Namun ada juga kajian menunjukkan bahawa vape kurang memudaratkan berbanding rokok.

“Segalanya tergantung kepada kandungan cecair vape itu dan sejauh mana ia dikawal selia. Kandungan-kandungan toksik daripada bahan yang tidak dikawal dan terlarang (unregulated substance) yang dimasukkan ke dalam produk cecair merupakan punca yang mendatangkan kesan negatif  kepada pengguna.

“Sebagai contoh kes-kes yang dilaporkan di Amerika Syarikat (AS) di mana 2,290 kes EVALI yang melibatkan kecederaan paru-paru berkaitan dengan penggunaan vape berakhir dengan 47 kematian. 

“Kajian menunjukkan 85 peratus daripada mangsa mengambil cecair yang tercemar dengan bahan Tetrahydrocannabinol (THC) atau minyak ganja,” katanya

Bahan terlarang

Dr. Sharifa Ezat berkata, setakat ini hanya di AS sahaja melaporkan kes EVALI. Tiada laporan kes dari negara lain.

Kesimpulannya mudah. Apabila kandungan produk vape dicemari dan terdedah kepada bahan terlarang. Ia menyebabkan masalah kesihatan kepada pengguna seperti kes-kes di AS. 

Dalam kes tersebut, bahan-bahan yang digunakan merupakan bahan yang terlarang termasuk Vitamin E Acetate dan THC.

Dr. Sharifa Ezat berpendapat, cara terbaik untuk membantu perokok tegar berhenti merokok adalah melalui vape dan bukannya mengambil tindakan drastik dengan melarang penggunaan produk ini.

“Cara terbaik adalah dengan membuat kawal selia ke atas produk vape. Buat kawalan ketat ke atas semua lapisan pengguna, tetapkan amalan pengilangan yang baik (GMP) dan buat latihan standard untuk penggunaan dan penjual,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN