Masih ramai malu bicara aspek kesihatan lelaki - Utusan Malaysia

Masih ramai malu bicara aspek kesihatan lelaki

Pakar Sakit Tuan, Dr Ismail Tambi dan Idham Fitriadi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Tidak dapat dinafikan, aspek dalaman kesihatan lelaki masih menjadi tabu untuk diperkatakan secara terbuka lantaran wujudnya nilai sensitiviti yang cukup menebal dalam masyarakat kita.

Pendek kata, daripada meluahkan, ramai kalangan lelaki memilih untuk memendam dan berdiam diri andai ada masalah melibatkan kesihatan tubuh badan mereka khususnya di kawasan intimasi.

Ia termasuklah apabila melibatkan isu seperti mati pucuk dan lemah tenaga batin yang sering dikaitkan dengan lelaki terutama dalam kelompok yang meningkat usia.

Itu belum diheret cerita bagaimana bertumbuhnya lambakan produk-produk ‘mengarut’ di pasaran yang kononnya menjanjikan itu dan ini untuk si pengguna yang berakal dangkal, percaya tanpa berfikir panjang.

Hal ini diakui oleh pengasas Suami Sihat Sdn Bhd, Idham Fitriadi yang kemudian mencetus idea untuk menghasilkan khidmat kaunseling dan kesihatan bagi membantu kaum lelaki menerusi platform SuamiSihat.com.my.

Menurut Idham, golongan lelaki di negara ini sering memandang remeh mengenai kesihatan mereka sehingga ada yang sukar untuk berjumpa dengan doktor bagi mendapatkan rawatan.

Daripada situ, ia kemudiannya menjadikan mereka seakan lebih rela untuk menyelesaikan masalah sendiri dengan menggunakan produk pelik dan amalan mengarut hasil carian di internet.

“Pelbagai cara turut digunakan sebagai jalan pintas untuk mengatasi masalah itu. Saya beri contoh, menggunakan minyak lintah, pam vakum dan suntikan silikon pada alat sulit mereka.

“Ada yang tahap menanam besi bebola pada alat sulit disebabkan terpengaruh dengan ilmu mengarut yang kononnya kaedah itu dapat memberikan rasa sensasi.

“Walhal, tindakan itu sebenarnya mendedahkan mereka kepada risiko yang boleh meragut nyawa. Kesannya bukan saja merubah rupa bentuk alat sulit, malah boleh merosakkan fungsi,”katanya.

Berikutan itu, kata Idham, pihaknya mengambil inisiatif untuk mewujudkan portal kesihatan dan klinik lelaki bagi membantu meningkatkan kecergasan tenaga dalaman mereka.

Tambahnya lagi, matlamat utama ialah menyediakan sebuah pusat sehenti bertujuan membina komuniti yang peka terhadap kesedaran kesihatan lelaki sekali gus menyangkal segala salah faham yang terjadi.

“SuamiSihat ditubuhkan sejak tahun 2016 lagi membabitkan tiga pengasas bersama.Malah kami kerap mengadakan sesi ‘live’ di Facebook bersama doktor dan pakar bertauliah dalam bidang kesihatan lelaki.

“Ia terbuka untuk sesiapa yang mempunyai kemusykilan berkenaan topik kesihatan lelaki.Kita mahu membantu memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai aspek ilmu kesihatan golongan lelaki,”katanya.

Jelasnya, usaha ini juga bertujuan supaya mereka lebih terbuka untuk berjumpa dengan doktor dan bukan hanya bergantung kepada petua tradisional semata-mata.

“Dalam masa sama, kami juga mengambil kira semua persoalan pembaca untuk memastikan setiap perkongsian yang disajikan kekal relevan dan sesuai untuk keadaan semasa.

“Kami juga ada menubuhkan pergerakan komuniti yang telah disertai oleh lebih 25 ribu suami di Telegram,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya