Ada apa dengan vitamin C? - Utusan Malaysia

Ada apa dengan vitamin C?

Dr. Jeyasridevi Sukumaran
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEJAK kecil, pasti ada ibu bapa yang pernah memberitahu si anak, bahawa ‘ibu segala vitamin adalah vitamin C’. Maka berbondong lah produk vitamin C dibeli, sama ada berbentuk gula-gula, cecair mahupun tablet untuk dihisap. Namun, pernahkah kita terfikir, apa sebenarnya vitamin C ini? Benarkah ia betul-betul bermanfaat kepada tubuh badan dan apa fungsinya?
Tambahan pula sekarang ini masih musim pandemik Covid-19, maka rencana ini akan membawa pembaca mengenali vitamin yang popular ini.

LATAR BELAKANG
Menurut Ketua Farmasi di Hospital Pakar KPJ Rawang, Jeyasridevi Sukumaran yang dihubungi Mingguan Malaysia baru-baru ini, vitamin C juga dikenali dengan nama saintifiknya acid askorbik.
Menurutnya, ia memiliki manfaat antioksida semula jadi yang membantu melindungi sel daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.

ADAKAH IA PENTING?
Jeyasridevi berkata, vitamin C memang penting untuk tubuh kerana membantu pembentukan elemen-elemen yang berfungsi menguatkan badan.
“Vitamin ini sangat penting, kerana ia memainkan peranan dalam pembentukan kolagen dan antioksida.
“Dalam soal membantu pembentukan kolagen, ini adalah elemen yang diperlukan oleh struktur tulang, rawan, otot serta saluran darah,” jelasnya.

KESAN KURANG
VITAMIN C
Menurut beliau, individu yang kekurangan vitamin C, tidak boleh menggantikan kolagen di dalam badan mereka.
“Ini mendorong pelbagai jenis tisu dalam badan menjadi rosak. Kerosakan sebegini boleh mengakibatkan penyakit Skurvi.
“Penyakit ini dikesan melalui gusi yang bengkak berdarah dan kemerahan, penyembuhan luka lambat serta kehilangan gigi.
“Namun, dewasa ini kekurangan vitamin C dan Skurvi adalah jarang berlaku. Gejala kekurangan vitamin C hanya berlaku jika pengambilan vitamin C adalah kurang daripada kira-kira 10 mg sehari untuk beberapa minggu,” jelasnya.

VITAMIN C DARI SUPPLEMEN
Menjelaskan kepentingan vitamin ini kepada tubuh, beliau berkata, jika seseorang kurang mengambil makanan semula jadi yang banyak vitamin C, maka disyorkan agar mengambil supplemen vitamin C untuk mendapatkan manfaatnya.
“Antara sumber alami vitamin C adalah buah-buahan serta sayuran. Ini termasuk oren, jambu batu, betik, ceri, kiwi dan strawberi. Sementara itu, sayur-sayuran yang kaya vitamin C pula termasuk tomato dan brokoli.
“Namun, jika tidak mendapatkan vitamin itu dari pengambilan makanan semula jadi, ia boleh digantikan dengan suplemen juga, tiada masalah,” katanya.

Menurut Kementerian Kesihatan melalui rencana ‘Kepentingan dan Ketoksikan vitamin C’, kajian-kajian telah menunjukkan keberkesanan vitamin C bagi mencegah beberapa penyakit:

Selesema:

Vitamin C adalah suplemen kesihatan yang popular untuk selesema. Namun, semakan pelbagai kajian berkaitan vitamin C mendapati tiada bukti vitamin C adalah berkesan untuk mencegah selesema. Bagaimanapun, pengambilan vitamin C secara tetap boleh mengurangkan tempoh dan keterukan selesema. Malangnya, penggunaan vitamin C selepas jangkitan selsema tidak mempunyai kesan sama.

Kanser:

Kajian menunjukkan pengambilan vitamin C yang tinggi daripada buah-buahan dan sayur-sayuran boleh mengurangkan risiko mendapat kanser tetapi vitamin C daripada suplemen kesihatan tidak membawa manfaat ini.
Masalah penglihatan golongan tua (Age – related macular degeneration; AMD):

Sa­­tu kajian besar yang melibatkan golongan tua dengan AMD mendapati kumpulan yang mengambil vitamin C dengan zink, vitamin E, beta karotena dan copper lebih lambat kehilangan penglihatan berbanding yang tidak mengambil suplemen kesihatan tersebut.

FAKTA

Betulkah vitamin C boleh membantu memberi keanjalan kulit?
Jawapannya tidak. KKM pernah memberi peringatan, bahawa tiada bukti suntikan vitamin C secara tunggal atau dalam kombinasi dengan glutathione serta kolagen, boleh meningkatkan keanjalan atau memutihkan kulit.
KKM juga menyebut, suntikan vitamin C adalah sediaan yang tidak dibenarkan untuk dijual di Malaysia, dan setakat ini tiada produk suntikan vitamin C yang didaftarkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya