Happy Hypoxia pembunuh senyap pesakit Covid-19 - Utusan Malaysia

Happy Hypoxia pembunuh senyap pesakit Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Happy Hypoxia berpunca daripada pelbagai penyakit terutama paru-paru dan jantung yang menyebabkan kerosakan otak, paru-paru dan organ dalaman badan sekaligus membawa maut jika tidak dirawat segera. Keadaan itu berlaku apabila individu mengalami masalah kekurangan oksigen dalam badan kurang daripada 95 peratus.
Happy hypoxia dalam kalangan pesakit Covid-19 bukan satu entiti penyakit. Ia adalah keadaan pesakit Covid-19 dalam kategori empat (pesakit mengalami pneumonia/radang paru-paru dan memerlukan bantuan oksigen) tidak menyedari mereka mempunyai kadar oksigen yang rendah dalam badan.
Kebiasaannya apabila seseorang individu mem­punyai ketepuan oksigen yang rendah di dalam da­rah, mereka akan sukar bernafas, namun bagi pesakit Covid-19 kategori empat yang mengalami happy hypoxia, mereka hanya berasa kelesuan tanpa kesukaran bernafas. Mereka hanya berasa lesu teruk sehingga tidak mempunyai tenaga melakukan aktiviti asas seperti makan, mandi dan sebagainya.
Melihat situasi Covid-19, ramai pengamal perubatan mencadangkan agar pesakit Covid-19 yang berada dalam fasa kuarantin di rumah memiliki alat oksimeter nadi.
Menurut Pakar Kualiti Urusan Perubatan Hospital Pantai Pulau Pinang, Dr. Chung Wai Keat, organ-organ yang paling terjejas jika diserang hipoksia adalah otak, jantung dan hati.
“Sekiranya hipoksia itu berada pada tahap kronik, kerosakan tidak dapat dipulihkan.
“Lebih parah, ia akan menyebabkan koma dan sawan. Selain itu, ia juga boleh mengundang kematian. Begitu juga dengan hipoksia ringan kerana ia boleh menyebabkan kerosakan kepada organ-organ utama badan,” katanya.
Melihat situasi berkenaan, Dr. Wai Keat memberitahu, ramai pengamal perubatan mencadangkan agar pesakit Covid-19 yang berada dalam fasa kuarantin di rumah memiliki alat oksimeter nadi.
Katanya, ia gajet paling penting untuk memberitahu seseorang tentang kadar kepekatan oksigen dalam darahnya.
“Kepekatan oksigen dalam darah disukat dalam unit SpO2. Bacaan normal SpO2 adalah antara 95 ke 100 peratus. Kepekatan oksigen yang bagus adalah penting supaya otot-otot dan sel badan dapat bekalan oksigen mencukupi,” jelasnya.
Justeru, pada peringkat ini, bagi mencegah kematian disebabkan fenomena kegembiraan hipoksia itu, adalah signifikannya memiliki alatan berkenaan.
“Sekali lagi, saya mahu ingatkan agar pesakit Covid-19 yang kuarantin di rumah perlu mempunyai oksimeter nadi bagi merekodkan paras oksigen masing-masing.
“Jika paras (oksigen) anda menunjukkan kurang daripada 95 peratus, segeralah ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan bantuan bekalan oksigen. Ingat, pengesanan awal gejala kegembiraan hipoksia boleh mengelakkan kematian secara senyap dalam kalangan pesakit Covid-19,” katanya. – MINGGUAN MALAYSIA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya