Tips mengawal paras gula dalam darah - Utusan Malaysia

Tips mengawal paras gula dalam darah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ADAKAH anda cakna dengan informasi mengenai penyakit diabetes?

Ramai beranggapan bahawa penyakit ini hanya akan dihidapi oleh golongan tua atau berlebihan berat badan sehingga mereka tidak peka dengan risiko yang bakal dihadapi.

Namun, mengikut statistik daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), peningkatan kes diabetes di kalangan orang muda meningkat sebanyak hampir tujuh belas peratus pada tahun 2020.

Menurut ‘Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (National Health and Morbidity Survey 2019)’, seorang daripada lima individu dewasa atau kira-kira tiga perpuluhan sembilan juta orang berumur lapan belas tahun ke atas di Malaysia menghidapi diabetes (1).

Faktor utama dan kesan

Antara faktor utama penyakit diabetes adalah apabila paras gula dalam darah tinggi disebabkan oleh kekurangan hormon insulin.

Fungsi utama insulin adalah menurunkan gula dalam darah dengan cara membuka pintu pada sel-sel untuk membenarkan gula masuk ke dalam sel secara terkawal.

Apabila insulin yang dihasilkan oleh pankreas tidak dapat berfungsi dengan optimum, ia akan menyebabkan glukosa meningkat di dalam darah.

Sebagai contoh, jika anda sering mengambil makanan tinggi kandungan gula, ia boleh membebankan sel di dalam pankreas yang boleh melemahkan sel-sel dalam jangka masa panjang.

Kemudian sel-sel ini mati seiring dengan peningkatan usia dan menyebabkan kadar penghasilan insulin sangat rendah.

Jika tidak dicegah dari awal, paras gula akan terus meningkat dan berpotensi mengakibatkan kerosakan kepada jantung, mata, buah pinggang dan kaki.

Rawatan terbaik

Bagi mencegah penyakit diabetes, masyarakat perlu mengamalkan gaya hidup sihat agar tidak menghidapi masalah kesihatan yang serius kelak.

Apa yang paling penting adalah pengambilan makanan yang kaya dengan nutrien, rendah lemak dan kalori serta makan dalam kuantiti sederhana pada waktu yang sama setiap hari.

Selain itu, salah satu cara yang efektif adalah mengurangkan berat badan dengan diet yang seimbang dan senaman yang kerap.

Apabila berat semakin kurang, maka sel-sel badan akan menjadi lebih peka kepada insulin seterusnya tahap gula yang lebih stabil.

Bagi pesakit yang ingin mengawal diabetes dengan lebih cekap, pakar penjagaan kesihatan mengesyorkan untuk mengambil produk formula khusus diabetes yang rendah indeks glisemik, serta mengandungi nutrisi yang lengkap dan seimbang seperti Glucerna® yang terdapat di pasaran.

Produk Glucerna® untuk pesakit diabetes

Glucerna membantu mengawal paras glukosa bermula dari hari pertama – FOTO Abbott

Pengambilan produk Glucerna® bukan sahaja membantu menurunkan berat badan, namun ianya juga bagus untuk pesakit diabetes dalam membantu mengawal paras glukosa dengan lebih cekap.

Terdapat pelbagai nutrisi yang baik

Glucerna® diperkaya dengan pelbagai nutrisi sihat yang memenuhi keperluan pesakit diabetes – FOTO Abbott

Pengambilan produk Glucerna® membantu mengawal tahap gula dalam darah dengan adanya sistem karbohidrat unik yang dihadam secara perlahan bagi menghasilkan pelepasan glukosa lebih lama pada saluran gastrointestinal (2).

Kandungan Myo-Inositol dalam produk Glucerna® juga membantu meningkatkan sensitiviti insulin mengawal glukosa dengan lebih baik (3).

Glucerna® dilengkapi dengan 35 jenis nutrien yang lengkap dan seimbang seperti Vitamin D, Kalsium, Zink dan Zat Besi untuk membekalkan nutrisi yang diperlukan setiap hari.

Malah, ia juga dilengkapi dengan lipid unik yang mengandungi Omega-3, Omega-6, Omega-9 dan rendah kolesterol untuk menyokong kesihatan jantung (4).

Selain itu, Glucerna® turut mengandungi serat larut dan tidak larut bagi menggalakkan pertumbuhan bakteria baik untuk sistem penghadaman yang sihat.

Secara keseluruhannya, produk Glucerna® sesuai untuk pesakit diabetes dalam mengawal kalori harian mereka selain diperkaya dengan pelbagai vitamin dan mineral yang baik.

Produk ini ditawarkan dalam tiga perasan iaitu vanila, coklat dan gandum yang pastinya lazat untuk dinikmati.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk, boleh layari laman rasmi Glucerna, dan sebarang pembelian boleh dibuat terus di Lazada dan Shopee.

Rujukan :

  1. Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi, 2019
  2. Devitt AA, et al. J Diab Res Clin Metabol. 2012; 1:20
  3. Dang NT, et al. Biosci Biotechnol Biochem. 2010;74(5):1061-1067
  4. Eckel RH, et al. Circulation. 2014;129(25 suppl 2):S76-S99.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya