Cadangan bina HSA2 dimasukkan dalam RMK-12 - Utusan Malaysia

Cadangan bina HSA2 dimasukkan dalam RMK-12

HASNI Mohammad (dua dari kanan) menyampaikan sumbangan berbentuk barangan keperluan berjumlah RM20,000 kepada Hospital Pontian, Johor baru-baru ini. - FOTO/MUHAMMAD ZIKRI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Kerajaan kini memberikan perhatian utama berhubung cadangan pembinaan Hospital Sultanah Aminah 2 (HSA2) dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) kerana menyedari permintaan dan keperluan kemudahan kesihatan untuk penduduk.

Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad berkata, cadangan hospital itu dijangka di sebuah lokasi terletak berhampiran Hospital Permai dan pembinaannya itu dapat memenuhi keperluan terutamanya penambahan jumlah katil serta kemudahan lain.

“Sehubungan itu dalam RMK-12, cadangan pembinaan HSA2 akan diberikan keutamaan oleh Kerajaan Persekutuan kerana berdasarkan keperluan dan permintaan penduduk sekitarnya,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Ahli Lembaga Pelawat Hospital dan penyampaian sumbangan di Hospital Pontian di sini kelmarin.

Bersempena lawatan itu, Hasni merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Benut turut menyampaikan sumbangan RM20,000 berbentuk barangan keperluan harian untuk pesakit dan meluluskan peruntukan RM20,000 bagi penggantian karpet Surau Hospital Pontian.

Dalam pada itu, Hasni juga memaklumkan Kerajaan Negeri Johor juga memasukkan cadangan membina satu blok tambahan Hospital Pontian setinggi empat tingkat dan membabitkan kos bernilai RM120 juta dalam RMK-12.

Katanya, hasrat itu dapat memenuhi permintaan para penduduk yang ingin mendapatkan kemudahan rawatan kesihatan lebih baik seperti di daerah lain.

Beliau menambah untuk mendapatkan sebuah hospital yang baharu, Kementerian Kesihatan perlu membuat penelitian dan kajian terperinci termasuk jumlah penduduk dan keperluan semasa.

“Kerajaan negeri sentiasa berusaha untuk menjaga kebajikan rakyat termasuk menikmati kemudahan perubatan yang lengkap dan sempurna,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Pontian, Mohd. Jahis Othman berkata, cadangan pembinaan bangunan tambahan ini akan memastikan penduduk daerah ini mendapatkan perkhidmatan yang terbaik tanpa dirujuk ke HSA di Johor Bahru atau ke Hospital Sultanah Nora, Batu Pahat.

Katanya, sejarah Hospital Pontian bermula pada 1913 di Pekan Permas, Kukup sebelum berpindah ke tapak sekarang di Jalan Alsagoff pada 1931. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya