Seorang kakitangan Kementerian Sumber Manusia positif Covid-19 - Utusan Malaysia

Seorang kakitangan Kementerian Sumber Manusia positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Semua program dan aktiviti Kementerian Sumber Manusia ditangguhkan sehingga 16 Oktober ini sebagai langkah mengekang penularan Covid-19.

Dalam kenyataan kementerian itu, ia berikutan seorang kakitangan kementerian tersebut telah disahkan positif Covid-19 pada 4 Oktober lalu dan sedang menjalani rawatan di Hospital Sungai Buloh, Selangor.

Katanya, proses disinfeksi telah pun dilaksanakan di ruang pejabat dan kawasan persekitaran kementerian.

“Kementerian mengambil langkah-langkah pencegahan segera penularan jangkitan Covid-19 dengan mengemukakan senarai nama kontak rapat kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

“Kontak rapat dalam kalangan kakitangan kementerian ini telah pun menjalani saringan kesihatan dan menjalani proses kuarantin di rumah. Sebagai langkah tambahan, ujian pengesanan Covid-19 akan dilaksanakan kepada pegawai-pegawai kementerian,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, katanya, pihak kementerian akan terus memantau perkembangan terkini Covid-19 serta memperketat langkah-langkah pencegahan melalui kerjasama rapat dengan pihak berkuasa untuk memastikan wabak itu dapat dibendung. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya