PERCUTIAN enam bintang ditawarkan Villa Nur Jannah di Janda Baik yang menghijau dengan flora dan fauna khas untuk mereka yang ingin lari daripada hiruk pikuk kota.
Dikelilingi hutan menghijau, bukan hanya banglo tujuh bilik tidur, lokasi percutian yang mempunyai sungai di tapak persendirian itu turut dilengkapi empat khemah glamping ekslusif.
Andai dihitung termasuk dua lagi bilik tambahan bersebelahan banglo, keseluruhan penginapan mampu menampung 60 tetamu dalam satu masa.
Menariknya, tempat percutian berkeluasan empat ekar itu hanya memberi keistimewaan kepada satu penyewa dalam satu masa.
Ini bagi memberi ekslusiviti buat keluarga atau kumpulan yang datang seterusnya menawarkan kelebihan untuk mereka menjalani aktiviti tanpa gangguan luar.
Dengan berpaksikan panorama alam semula jadi, Villa Nur Jannah yang sudah memulakan beroperasi pada 1 Mac 2024 menawarkan pengalaman staycation luxurious private
Setiap bilik di Villa Nur Jannah yang dimiliki Pengiran Datuk (DR) Daud Pengiran Putera serta Datin Majmin Said lengkap dengan penghawa dingin, tandas peribadi dan balkoni menghadap rimba.
Manakala dua buah dormitory untuk empat penginap setiap satu dan empat buah glamping pula masing-masing dapat memuatkan enam orang.
Hanya 45 minit dari ibu negara, banyak lagi kelengkapan lain disediakan agar percutian tetamu meninggalkan 1001 pengalaman manis.
Menurut Datin Majmin, semua bilik serta persekitaran mesra kerusi roda biarpun struktur villa ini agak berbukit dan dibina dengan asas tiga tingkat apabila pelbagai kemudahan akses disediakan buat pelanggan.
“Pada bahagian atas tingkat tiga, terdapat tiga buah bilik tidur yang lengkap dengan penghawa dingin dan tandas peribadi. Namun, kami masih mengutamakan penggunaan bilik bawah yang mesra pengguna berkerusi roda dan uzur,” ujarnya.
Villa itu juga didirikan sebuah surau pada bahagian luar yang boleh memuatkan 25 hingga 30 orang pada satu-satu masa.
Malah katanya, demi memberikan pengalaman staycation maksima, pasangan itu menyediakan pelbagai kemudahan asas termasuk set karaoke, ruang tamu luas, dapur yang dilengkapi dengan bahan asas untuk memasak dan pit BBQ sama ada di Villa atau di tapak Glamping
“Sebenarnya tetamu boleh menggunakan khidmat tukang masak tempatan dengan menempah makanan malah kami turut membina Rumah Hijau yang ditanam dengan pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran untuk diambil penyewa.
Pada masa sama tetamu juga boleh menggunakan motosikal, basikal, ATV selain melakukan berkuda secara percuma dengan pengawasan petugas,” ujarnya.
Kongsinya lagi, paling utama, Villa Nur Jannah punyai sebatang sungai kecil yang mengalir sepanjang masa di bahagian belakang villa.
Bagi tetamu yang mendambakan aktiviti sihat, sebuah gimnasium tersedia dengan kelengkapan asas seperti treadmill, trampoline, dumbell dan set weight lifting selain bilik sauna.
“Di bahagian tepi sungai juga terdapat gelanggang bola tampar pasir, kami kini dalam proses melengkapkan dua buah kolam ikan untuk kaki pancing yang dijangka siap pada Ogos ini,” katanya.
Harga promosi yang ditawarkan bagi pratempah sebelum Julai 2024 bermula RM3,500 untuk hari minggu (Isnin – Khamis) dan RM5,000 pada hujung minggu (Jumaat – Ahad). Manakala, pada hari cuti khas harganya bermula RM7,000.
Villa Nur Jannah telah dirasmikan
bekas Perdana Menteri Malaysia ke-9, Datuk Seri Ismail Sabri dalam sebuah acara penuh bermakna.
Pertanyaan lanjut boleh hubungi 019 7344505 atau email [email protected] atau laman sosial @villanurjannah.