Bermula dengan menjual nasi ayam buttermilk di bazar Ramadan, siapa sangka hala tuju perniagaan Wan Harith Azfar Mohd. Zamuri, 28, berubah sekelip mata. Lepasan Diploma Komunikasi Korporat Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) itu kini bergelar pemilik ruang acara piknik, Nak Cikit, di Setia Alam, Shah Alam. Menceritakan detik mula terlibat dalam perniagaan berkenaan, Wan Harith Azfar menjelaskan idea itu tercetus secara spontan selepas perniagaan nasi yang diusahakan kurang mendapat sambutan. Selepas meniaga di bazar Ramadan sejak 2021, dia dan isteri, Qistina Amira Rohaizad, 26, memberanikan diri membuka restoran. Keputusan itu dibuat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya