Benarkah wanita tidak minat politik? - Utusan Malaysia

Benarkah wanita tidak minat politik?

Isu mengenai pembabitan wanita yang sedikit dalam politik antara kembali hangat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Aroma Pilihan Raya Umum (PRU) kian terasa. Antara petanda yang biasa kita kaitkan ialah bila jalan yang ada, banyak yang berturap baru.

Bak kata anak saya, jalan yang tidak ada kerosakan dan cacat celanya pun akan berturap cantik.

Antara kebetulan atau tidak, itulah ukuran kasar dikaitkan menuju PRU yang saya dengari sejak zaman kanak-kanak hingga ke hari ini.

Hari ini pihak berkaitan pun sudah selesai mengikuti taklimat persediaan PRU bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Tinggal tarikhnya sahaja mahu ditetapkan. Yang pasti parti-parti politik sudah mengatur strategi memancing undi orang muda dan pengundi atas pagar.

Isu mengenai pembabitan wanita yang sedikit dalam politik antara kembali hangat. Daripada 51 peratus pengundi berdaftar adalah wanita, malangnya tidak sampaipun angka 30 peratus wanita terbabit dalam politik.

Adakah wanita tidak bijak menggunakan saluran politik dalam membawa suara mereka, mengatur polisi serta dasar negara khususnya melibatkan kepentingan kaum wanita?

Atau wanita sebenarnya penat dengan drama dimainkan segelintir ahli politik yang orang kata lebih drama daripada drama. Tak banyak isu pengguna diselesaikan.

Kalau isu harga barangan pengguna pun tidak dapat diatasi dengan bijak, bagaimana dengan perkata lain yang lebih serius seperti meningkatkan tenaga kerja wanita dan bayaran gaji sama rata tanya mengira batas jantina?

Namun pada akhirnya wanita dipersalahkan sebab tidak minat masuk politik? Sangat berat sebelah.

Realtinya wanita sangat straight forward dalam kerja dan tugasannya dilakukan. Mereka tidak punyai masa yang banyak untuk melepak di kedai kopi atau berborak hingga larut malam hanya atas matlamat politik atau melobi.

Situasi itu tidak sama dengan segelintir lelaki yang sanggup bersengkang mata mendengar pelbagai kisah parti A dan B yang belum tentu betulnya.

Wanita mahukan politik matang yang membawa isu rakyat untuk di selesaikan. Tak perlu buat kajian itu dan ini, barulah politik itu dilihat tinggi dan bermaruah.

Majlis Kebangsaan Pertubuhan Wanita (NCWO) baru-baru ini menyerahkan resolusi bagi menggesa semua parti politik di negara ini supaya meletakkan sebanyak 30 peratus wanita sebagai calon dalam PRU 15 nanti.

Yang Dipertuanya Prof. Emerita Tan Seri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan dipetik sebagai berkata, setiap parti juga perlu menetapkan dasar sekurang-kurangnya 30% calon PRU15, seterusnya adalah wanita di kerusi yang berpotensi menang malah resolusi itu turut menggesa supaya kemudahan mesra keluarga seperti perkhidmatan penjagaan kanak-kanak disediakan di premis parti dan keperluan lain semasa kempen pilihanraya.

Perjuangan bermanfaat dan jelas inilah yang mahu wanita perjuangkan.

Namun, apa usaha ke arah menyemarakkan minat mereka terhadap politik? Atau isu ini hanya dicanang lima tahun sekali?

——-
Nor Afzan Mohamad Yusof, Penolong Pengarang Berita, Utusan Malaysia

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya