Belajar menjahit dalam talian - Utusan Malaysia

Belajar menjahit dalam talian

KDNK PKS mengatasi pertumbuhan KDNK negara apabila berkembang 5.8 peratus tahun lalu berbanding 6.2 peratus pada 2018.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pandemik Covid 19 mengubah norma kehidupan masyarakat di seluruh dunia. Sekiranya sebelum ini kaedah pengajaran seperti kraf dan jahitan memerlukan kehadiran guru depan mata, norma baharu kita lalui kini sebaliknya.

Pakar Pelukis Pola Pakaian, Rosita Jaafar antara terawal memperkenalkan kaedah pengajaran menerusi internet di laman sosial Facebook.

Katanya, kaedah pengajaran itu menjimatkan masa dan kos selain memperbetulkan konsep belajar perlu duduk dalam kelas dan guru perlu berada depan mata.

“Tanggapan mengajar kraf dan jahitan perlu ada guru, kurang relevan pada waktu sekarang. Kita masih dapat memanfaatkan masa terluang dengan belajar menerusi maya. Malah kita perlu membiasakan diri dengan kaedah ini.

“Lebih penting lagi kelas maya menjimatkan masa dan kos. Contohnya, kalau kelas kita itu berlangsung selama sejam, kita perlu pastikan pengisiannya ringkas dan padat bagi membolehkan pelajar dapat menumpukan perhatian sepenuhnya.

“Tidak perlu lagi kita keluar rumah, bayar parkir dan kos petrol kenderaan untuk ke kelas,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Kelas jahitan Rosita boleh dilayari di Facebook dengan carian RJ POLA. Hingga kini ia memiliki 42,597 pengikut.

Setiap kali beliau mengadakan kelas secara siaran langsung melalui pages beliau akan ditonton kira-kira 7,000 pengikut.

Katanya, semasa mula-mula memperkenalkan kelas berkenaan menerusi FB, sambutannya sederhana.

Namun angka pengikut laman berkenaan meningkat lebih 15 peratus sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Mac lalu.

Rosita berkata, peningkatan itu turut mendorongnya lebih mendalami kecanggihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Sedikit demi sedikit studio di kediamannya di Subang Jaya, dilengkapi peralatan berkaitan seperti lampu dan tripod.

Setiap kali kelas dianjurkan, beliau dibantu oleh suami, Mohd. Nazry Ahmad dan seorang pekerja yang bertindak sebagai admin memantau dan memastikan siaran langsung berjalan dengan sempurna.

“Apabila video dihasilkan cantik, pelajar mudah memahami pengajaran. Bagi mewujudkan suasana kelas sebenar, saya pastikan ia berlangsung secara interaktif. Setiap soalan pelajar, saya akan cuba jawab,” katanya.

Kelas kemahiran anjuran Rosita, boleh diikuti secara percuma, namun ada yang berbayar dengan kadar serendah RM299.

Lebih dua dekad dalam dunia jahitan dan kraftangan, Rosita sudah menghasilkan 17 buku dan 200 pola pakaian.

Rosita menunjukkan cara memotong kain menggunakan pola

 

JANA PENDAPATAN

Statistik Utama Tenaga Buruh Malaysia April 2020 mendedahkan, pengangguran di negara ini melonjak kepada lima peratus iaitu 778,800 sehingga April lalu.

Justeru, Rosita mengingatkan supaya setiap individu memanfaatkan kelas kemahiran secara atas talian untuk mengasah bakat kerana ilmu itu boleh menjana sumber kewangan.

Rosita yang pernah mendapat pengiktrafan dari Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Kraftangan Malaysia sebagai pakar perunding fesyen dan sulaman negara menegaskan, kraftangan perlu dilihat daripada segi manfaat ekonomi.

“Sekiranya kita mahu menukar kemahiran ini kepada duit, kita perlu berfikiran luas. Tiada istilah terlewat. Mulakanlah daripada sekarang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya