KUALA LUMPUR: Konsep produk mesra wuduk acap kali mengelirukan ramai pihak terutama golongan wanita yang sudah terbiasa bersolek namun dalam masa sama perlu menunaikan kewajiban solat.
Hinggakan ramai menganggap apabila produk itu tertera tulisan mesra wuduk, maka ia membenarkan mereka untuk tidak perlu mencuci solekan sebelum berwuduk.
Terpanggil untuk menjelaskan keadaan atau salah faham ini, pengasas jenama Nurraysa, Nur Aini Zolkepli menganggap perkara ini tidak boleh dipandang ringan.
“Berdasarkan kajian dan pemerhatian, dapatlah dirumuskan definisi produk kosmetik mesra wuduk adalah solekan yang menggunakan kosmetik mudah dicuci agar tidak menghalang air wuduk sampai ke kulit.
“Walaupun begitu produk yang diiktiraf sebagai mesra wuduk tidaklah menjamin ketelapan air wuduk untuk sampai ke kulit. Ia memerlukan perbincangan yang khusus.
“Nurraysa menekankan aspek penggunaan produk solekan yang mudah dicuci dan ditanggalkan. Bukan tidak perlu dicuci sebelum mengambil wuduk. Tanggalkan semua lapisan penggunaan bedak asas, lipstik, ‘eyeliner’, ‘blusher’, ‘eyebrow’, ‘eyeshadow’ dan ‘mascara’. Cuci sebersihnya dahulu,”katanya
Menjelaskan keadaan, kata Nur Aini, paling utama, pengguna harus meneliti setiap produk yang digunakan sebagai solekan, tidak menggandungi kandungan silikon.
“Silikon adalah bersifat ‘waterproof’ atau kalis air. Jadi ia ibarat lapisan plastik di atas kulit untuk solekan bertahan lebih lama di wajah dan susah di tanggalkan walaupun menggunakan sabun atau penanggal solekan.
“Pendek kata dengan adanya silikon kena dicuci banyak kali sebelum berwuduk. Wuduk boleh jadi tidak sempurna dan solat tidak sah jika tidak dicuci dengan betul-betul.
“Jadi, mahu atau tidak, memang kena cuci solekan baru berwuduk tanpa was was. Jadi, bila dah tahu perkara sebenar, kena memperbetulkan mana yang silap supaya tak terus buat silap,” katanya.
Paling laris
Berkongsi lanjut, kata Nur Aini, Nurraysa juga kini berkembang pesat dengan rangkaian Glowing DD Moist Cake (DDMC) yang merupakan antara kosmetik mesra wuduk paling laris dan mempunyai banyak kelebihan.
DDMC digandingkan dengan Magic Lipstick dengan ramuan minyak organik marula dan diberi nama sebagai Hot Set (Set Panas) kerana antara produk mesra wuduk paling laris sejak dikeluarkan pada tahun 2015.
Syarikat ini pada asalnya bermula dengan jualan sabun kolagen dan kini berkembang dengan penghasilan lebih 50 produk kosmetik, minuman, makanan tambahan, makanan dan pakaian yang menyaksikan pasarannya meliputi bukan sahaja dalam negara, tetapi Singapura, Indonesia dan Brunei.
Setakat ini, sudah ada 32 ‘billboard’ jenama itu menemani pengguna jalan raya di sepanjang lebuh raya dari Utara ke Selatan.