UTeM sedia nasi talam percuma untuk pelajar

UTeM sedia nasi talam percuma untuk pelajar

SEBAHAGIAN kakitangan UTeM bergotong-royong memasak dan menyediakan pelbagai juadah berbuka puasa untuk pelajar di Masjid Sayyidina Abu Bakar, Kampus Induk UTeM, Durian Tunggal, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mengambil inisiatif menyediakan nasi talam secara percuma kepada para pelajarnya sepanjang Ramadan ini.

Naib Canselor UTeM, Prof. Ts. Dr. Massila Kamalrudin berkata, juadah berbuka puasa itu dilakukan secara bergotong-royong melibatkan lebih 1,500 orang kakitangan dan dibantu sukarelawan pelajar.

Menurut beliau, inisiatif tersebut dibiaya melalui dana disumbangkan oleh kakitangan universiti dan masyarakat.

“Peruntukan berjumlah RM130,000 turut disumbangkan oleh Pusat Islam UTeM, Tabung Kewangan Masjid Sayyidina Abu Bakar dan Tabung Amal Jariah UTeM. Program dimulakan dengan aktiviti memproses dan menyediakan bahan mentah diikuti aktiviti memasak secara bergotong-royong.

“Amalan atau konsep unik di UTeM adalah makanan yang telah siap dimasak akan dihidangkan dalam talam dan disusun untuk dinikmati bersama-sama ketika berbuka puasa. Saya berharap inisiatif ini akan memberikan manfaat terutama kepada pelajar yang kurang berkemampuan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Tambah Massila, program sedemikian menjadi medan untuk menzahirkan hikmah memberi dan menerima antara kakitangan dan pelajar, seterusnya menjalin ukhuwah berpanjangan.

Katanya, setakat ini gerak kerja penyediaan nasi talam berjalan dengan lancar dan konsisten.

“Pada masa sama dapat meneguhkan sikap kerja berpasukan yang lebih mantap antara satu sama lain. Penganjuran majlis ini tentunya mampu memanfaatkan ruang dan peluang agar bersama menikmati keberkatan dan kasih Ramadan buat semua,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya