10 pelajar SMK Durian Tunggal terima RM1,000

10 pelajar SMK Durian Tunggal terima RM1,000

YAP Pit Kian menyampaikan sumbangan kepada 10 pelajar bertuah di SMK Durian Tunggal, Alor Gajah, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Kedatangan Hari Raya Aidilfitri tahun ini amat bermakna buat seorang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Durian Tunggal di sini, selepas terpilih sebagai penerima Bantuan Persekolahan Sri Pengkalan Binaan (SPB) Sdn. Bhd.

Pelajar tingkatan tiga, Azihamqa Abdul Latip, 15, dari Kampung Gangsa, Batu 8 menzahirkan rasa terharu apabila namanya terpilih antara 10 pelajar yang masing-masing menerima RM1,000.

Menurut anak kedua daripada empat adik-beradik itu, bantuan diterimanya dapat meringankan beban keluarga selepas kematian bapa pada 1 April lalu bersamaan 10 Ramadan akibat strok.

“Saya amat terharu dan bertuah menerima bantuan ini, sekurang-kurangnya wang ini dapat digunakan untuk sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

“Ini pemberian amat bermakna, dapat menolong ibu yang tidak bekerja untuk persiapan Aidilfitri secara sederhana,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia selepas sesi penyerahan di SMK Durian Tunggal.

Sementara itu, Pengarah Urusan SPB Sdn. Bhd., Datuk Yap Pit Kian berkata, sumbangan dengan jumlah keseluruhan RM10,000 itu bertujuan meringankan beban pelajar tidak bernasib baik dalam mendapat pendidikan yang sempurna.

Katanya, ia adalah sebahagian tanggungjawab sosial korporat (CSR) dijalankan pihaknya dengan menjalinkan kerjasama erat dengan sekolah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya