Pantai di Tanjung Bidara jadi pantai angkat IPT - Utusan Malaysia

Pantai di Tanjung Bidara jadi pantai angkat IPT

AB. RAUF Yusoh (empat dari kiri) melihat pelepasan 300 ekor anak penyu ke habitat asal di Pantai Tanjung Bidara, Masjid Tanah, Melaka. - UTUSAN/MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR GAJAH: Institusi pengajian tinggi (IPT) yang berada di sekitar Masjid Tanah dekat sini dicadang menjadikan pantai-pantai di Tanjung Bidara sebagai pantai angkat.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, lebih 10 IPT yang dilantik akan digerakkan selama tiga bulan bagi menjalankan aktiviti kesukarelawanan seperti gotong-royong membersihkan pantai dan sebagainya.

Jelasnya, inisiatif tersebut membolehkan pantai-pantai peranginan di kawasan tumpuan pelancong itu berada dalam keadaan baik dan bersih.

“Saya mencadangkan supaya sepanjang pantai dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara dijadikan pantai angkat kepada IPT. Ia melibatkan jarak antara 500 meter hingga satu kilometer.

“Ini bertujuan untuk mengekalkan Tanjung Bidara sebagai lokasi tarikan pelancongan yang bersih dan menjadi antara pantai peranginan terbaik di Melaka yang perlu dijaga,” katanya dalam sidang akhbar Program Bidara Beach Clean Up di sini hari ini.

Hadir sama Pengarah Pelancongan, Seni dan Budaya Melaka, Yeow Chin Chai dan Pengurus Besar Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Melaka, Sa’ari Basiron.

Sementara itu, Chin Chai berkata, matlamat utama voluntourism adalah untuk memberi pendidikan pelancongan kepada komuniti setempat.

Katanya, setiap negeri mempunyai petunjuk prestasi utama (KPI) ditetapkan, yang mana secara purata sebanyak lima program akan dijalankan dengan nama yang berbeza.

“Contohnya di Pengkalan Balak kita bersihkan kawasan pantai, di Tanjung Tuan kita lakukan aktiviti penanaman pokok sementara di sekitar river cruise kami membersihkan sampah di sekitarnya.

“Sambutan program seperti ini sangat menggalakkan kerana turut disertai komuniti setempat, pelajar sekolah dan pelbagai agensi kerajaan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya