UPSI anjur Bengkel Liputan Media - Utusan Malaysia

UPSI anjur Bengkel Liputan Media

Bengkel Liputan Media secara maya yang dikendalikan Dr. Ghazali Din di UPSI.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menganjurkan Media Art Festival kali pertama dengan variasi aktiviti media berkonsepkan teknologi secara dalam talian.

Sebanyak 10 aktiviti bertemakan sains, teknologi dan inovasi melibatkan pertandingan dan bengkel media. Ia anjuran Biro Publisiti dan Informasi, Majlis Mahasiswa Kolej Harun Aminurrashid (KHAR) sidang 2020/2021

Pengetua Kolej Harun Aminurrashid UPSI, Dr. Che Anuar Che Abdullah berkata, program itu diadakan bagi membantu mahasiswa meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam menghasilkan laporan media atau pengurusan dokumentasi untuk terbitan media mengikut format yang sesuai.

DR. CHE ANUAR CHE ABDULLAH

“Saya yakin mahasiswa memiliki kreativiti dan komitmen dalam dalam penyediaan bahan berkaitan program yang berpotensi untuk disalurkan kepada pihak media menerusi Bahagian Komunikasi Korporat,” katanya.

Sementara itu, Exco Publisiti dan Informasi merangkap Pengarah Program, Nurul Athirah Abu Hassan berkata, Bengkel Liputan Media disampaikan oleh Timbalan Pengarah Media, Bahagian Komunikasi Korporat UPSI iaitu Dr. Ghazali Din.

Katanya, bengkel ini turut disiarkan melalui aplikasi Cisco Webex bagi meningkatkan kemahiran insaniah setiap penulis dalam penggunaan media secara menyeluruh dalam kehidupan seharian.

“Bengkel ini memberi input kepada peserta bahawa mahasiswa perlu memikirkan potensi sesuatu program supaya memiliki nilai berita dan mendapat publisiti oleh pengamal media.

“Saya bersyukur festival ini memenangi Anugerah Kolej-kolej Kediaman Kali Ke-16 UPSI 2021 Kategori Sains, Inovasi dan Teknologi baru-baru ini,” katanya.

Program berkenaan ditaja oleh Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Majlis Keselamatan Negara, Yayasan Pendidikan Islam Segambut, Majlis Daerah Kampar, Majlis Daerah Kerian, Altera

Resources dan Eastnet Resources selain sumbangan daripada komuniti setempat.

Dalam pada itu, Penasihat Program, Nur Azean Abd. Rahim berkata, program itu memberi pengetahuan mengenai liputan media kepada masyarakat.

Katanya, ia juga mampu mencungkil kreativiti dan mengasah kemahiran peserta untuk memperbaiki dan menyedari kepentingan liputan media dalam kalangan warga kampus.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya