UIAM, IKRAM Musleh, Gapim sepakat majukan pendidikan - Utusan Malaysia

UIAM, IKRAM Musleh, Gapim sepakat majukan pendidikan

DZULKIFLI (atas, kiri), Omar (atas, kanan) dan Khodori menunjukkan dokumen perjanjian persefahaman yang ditandatangani secara maya. - UTUSAN/Ihsan IKRAM Musleh
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Pendidikan Ikram Musleh Berhad (IKRAM Musleh) dan Gabungan Persatuan Pendidikan Islam Malaysia (Gapim) memeterai memorandum persefahaman (MoU) bagi meningkatkan kerjasama ketiga-tiga pihak tersebut dalam empat bidang pendidikan.

Empat bidang tersebut merupakan amalan dan penilaian pendidikan Islam, latihan dan pensijilan professional kepada guru, promosi pendidikan berkualiti dan penilaian standard kepada negara serta kerjasama lain yang dipersetujui oleh semua pihak.

Rektor UIAM, Prof. Emeritus Tan Sri Datuk Dzulkifli Abdul Razak berkata, pihaknya menghargai komitmen IKRAM Musleh dan Gapim dalam usaha sama yang amat bermakna itu.

“Kepentingan ummah dibangunkan secara menyeluruh lalu menghasilkan kesejahteraan dalam setiap aspek kehidupan manusia.

“Segala usaha perlu dilaksanakan termasuk dalam bidang pentaksiran Pendidikan Islam. Selain itu, kejelasan hala tuju pendidikan negara ke arah mencapai hasrat sebenar konsep sejahtera juga amat penting,” katanya dalam kenyataan.

Sementara itu Presiden Gapim, Dr. Khodori Ahmad berkata, pihaknya sangat bersyukur kerana diberi peluang untuk berganding dan menjayakan Pendidikan Islam khususnya dalam bidang pentaksiran pendidikan Islam.

Ujarnya, kebersamaan ketiga-tiga pihak dalam perjuangan tersebut amatlah penting dan bersejarah.

Dalam pada itu, Pengerusi IKRAM Musleh, Prof. Dr. Omar Yaakob, turut berterima kasih kepada semua pihak kerana sudi bekerjasama dalam meningkatkan profesionalisme keguruan dalam sistem Pendidikan Islam di samping menghasilkan sijil-sijil kelayakan bagi memartabatkan lagi sistem Pendidikan Islam.

“MoU itu adalah bukti komitmen ketiga-tiga pihak dalam usaha membangunkan Ummah melalui pendidikan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya