Majalah Pelita Bahasa, Mac 2024, menyiarkan sajak penyair Zaleena E-Naa berjudul Bahasa Kita Bersayap Ranjau. Baris yang paling menyengat dalam sajak itu ialah ‘luluh rasa ditikam duri bangsa sendiri’. Penyair berasa terganggu kerana bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan digunakan secara bercampur aduk dengan bahasa lain atau yang disebut juga sebagai ‘bahasa rojak’ Campur aduk antara bahasa Melayu dengan bahasa lain, khususnya bahasa Inggeris inilah yang disebut ‘bahasa rojak’. Mengapakah bahasa rojak menjadi kesukaan sejumlah penutur di negara kita? Soalan ini sukar untuk dijawab. Masalah ini telah menjadi kebiasaan, sehingga tidak…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya