Revenge of the Rats hidupkan nostalgia underground - Utusan Malaysia

Revenge of the Rats hidupkan nostalgia underground

Revenge of the Rats
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Selepas lebih tiga dekad mencipta sejarah dalam gerakan muzik underground tempatan, Revenge of the Rats kembali menerusi edisi 2026 yang menghimpunkan empat nama dalam persada muzik alternatif, punk, hardcore dan metal negara pada 12 Disember ini.

Dianjurkan Livewire Event bersama Lampuneon, acara yang berlangsung di Bentley Music Auditorium itu menampilkan Carburetor Dung menerusi barisan DUNG ‘95, Naked Butterfly, Mutilation dan Projekt A.K.

Revenge of the Rats

Memuatkan artikel berkaitan…

Penganjuran berkenaan turut mengimbau sejarah gig Revenge of the Rats yang pernah berlangsung di Garfunkel Pub, Life Centre, Kuala Lumpur pada 30 Ogos 1993, menghimpunkan beberapa kumpulan daripada pelbagai aliran muzik underground.

Antara tarikan utama ialah DUNG ‘95 yang dianggotai Lee selaaku vokalis, Joe Kidd (gitar), fendi (bass) dan Ollie (dram). Mereka bakal kembali berkongsi pentas selepas 27 tahun tidak beraksi bersama dalam barisan berkenaan.

Tutut mengisi pentas ialah Naked Butterfly yang dikenali menerusi album Dreamwalk pada 1995, selain Mutilation yang mewakili aliran death metal dan Projekt A.K. yang mempunyai latar muzik hardcore serta rapcore.

Gabungan empat kumpulan itu mencerminkan kepelbagaian muzik yang menjadi identiti gerakan underground Malaysia sejak era 1990-an.

Revenge of the Rats

Revenge of the Rats 2026 akan berlangsung pada Sabtu, 12 Disember ini di Bentley Music Auditorium dengan tiket kategori bebas berharga RM150. Tiket boleh didapati menerusi laman web MyTicket Empire.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini