Apabila orang sudah membenci, suka memfitnah, putuskan sahaja hubungan - Intan Najuwa - Utusan Malaysia

Apabila orang sudah membenci, suka memfitnah, putuskan sahaja hubungan – Intan Najuwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon, Datin Intan Najuwa mengakui lebih selesa menjauhkan diri daripada individu toksik, terutama mereka yang gemar menyebarkan fitnah dan bercakap buruk mengenai dirinya.

Menurut Intan, dia tidak mahu membuang masa melayan sikap negatif orang lain, sebaliknya memilih untuk memberi tumpuan kepada ketenangan hidup serta kebahagiaan keluarga.

“Hidup ini sebenarnya mudah sahaja. Apabila orang sudah membenci, suka memfitnah dan bercakap perkara bukan-bukan mengenai kita, tidak perlu pening kepala. Putuskan sahaja hubungan dengan mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kenapa perlu memilih untuk dikelilingi orang yang tidak membawa kebaikan? Bukan semua orang boleh saya benarkan masuk dalam kehidupan saya. Bukan sebab sombong atau merasakan diri bagus, tetapi kerana saya terlalu menjaga keluarga,” katanya.

Intan berkongsi perkara tersebut menerusi sesi soal jawab bersama pengikut di Instagram Story selepas ditanya mengenai caranya berdepan dengan individu toksik yang berpakat membenci dan menyebarkan fitnah terhadapnya.

Dalam masa sama, pelakon drama Kekasih Paksa Rela itu menegaskan dia tidak akan memberi ruang kepada individu yang mempunyai niat tidak baik untuk mendekati kehidupan peribadinya, terutama keluarga.

“Saya tidak suka memberi akses kepada orang yang mempunyai niat tidak baik dalam kehidupan saya, terutama melibatkan keluarga. Ketenangan keluarga jauh lebih penting daripada menjaga hati orang lain,” tegasnya.

Intan bagaimanapun mengakui tidak kisah sekiranya tindakannya itu menyebabkan sesetengah pihak kurang senang kerana percaya tidak semua orang layak berada dalam lingkungan kehidupannya.

“Pada akhirnya, bukan semua orang boleh duduk semeja dengan saya dan saya langsung tidak mempunyai masalah dengan perkara itu,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini