Suka kanak-kanak, mungkin sebab itu ramai ibu tunggal suka saya - Muaz Zabir

Suka kanak-kanak, mungkin sebab itu ramai ibu tunggal suka saya – Muaz Zabir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelakon, Muaz Zabir, tidak menolak sering menerima mesej atau DM daripada kaum wanita khususnya golongan ibu tunggal yang ingin berkenalan dengan dirinya.

Menurut pelakon berusia 27 tahun ini, kemungkinan keadaan itu berlaku kerana mereka jatuh hati dengan sikapnya yang sukakan anak-anak kecil.

“Ramai yang DM saya termasuk ibu tunggal malah yang berpangkat nenek pun ada, macam-macam jenis manusia.

“Mungkin mereka suka tengok saya ini yang selesa dengan anak-anak kecil,”katanya.

Mengakui sikap itu bukan sesuatu yang dibuat-buat atau sekadar lakonan, kata Muaz, dia telah terbiasa dengan kehadiran kanak-kanak sejak kecil kerana ibunya mengambil upah sebagai pengasuh.

“Sebenarnya, saya dahulu mengasuh anak-anak kecil di rumah. Sejak dari itu, saya sudah terbiasa dengan mereka.

“Saya tinggal di flat, jadi tempat itu menjadi riuh dengan suara anak-anak. Sebab itu saya sangat sukakan mereka termasuk anak-anak buah saya yang pulang ke kampung,”ujarnya.

Muaz berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Global Station Sdn Bhd yang berlangsung di Kemensah Height baru-baru ini.

Selain itu, ditanya mengenai hubungannya dengan Bella Astillah, kata Muaz dia dan pelakon tersebut masih berhubungan baik.

“Kami berkawan dan tak ada masalah untuk bekerjasama malah tak pernah bermusuhan. Alhamdulillah.

“Saya datang ke rumah terbuka Bella dan dijemput bersama rakan-rakan lain. Tak ada sebarang niat untuk viralkan, malah yang muat naik video itu pun orang lain,”ujarnya.

Terdahulu, tular sebuah video yang memaparkan pelakon drama Keluarga Itu mesra bersama cahaya mata aktres tersebut ketika menghadari majlis rumah terbuka.

Tindakan Muaz itu juga meraih pujian warganet yang menyifatkannya sebagai seorang lelaki yang penyayang terhadap kanak-kanak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN