'Suami saya tak pernah bersahabat dengan dia’ - Shahida nafi Aliff Syukri baik dengan Rebecca

‘Suami saya tak pernah bersahabat dengan dia’ – Shahida nafi Aliff Syukri baik dengan Rebecca

rebecca
Nur Shahida dan suami Aliff Syukri bergambar bersama anak-anak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Isteri kepada usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Shahida menegaskan bahawa suaminya tidak pernah ada persahabatan rapat dengan pelakon Rebecca Nur Al-Islam.

Menjawab komen-komen netizen, Shahida berkata, cerita itu semua tidak berasas dan minta ia dihentikan.

“Maaf saya nak jelaskan suami saya tidak pernah berkawan atau bersahabat baik dengan dia. Harap hentikan cerita-cerita tidak berasas,” katanya.

Isu persahabatan dan Aliff  Syukri dan Rebecca timbul apabila para netizen berkata usahawan itu begitu tenang dalam isu melibatkan keluarganya dengan Rebecca kerana mendakwa mereka berkawan sejak era peragaan.

Sebab itu kata netizen, Aliff Syukri tidak berapa melenting dalam isu ini termasuk ketika Rebecca melemparkan kritikan pedas terhadap isterinya.

Isu membabitkan Shahida dan Rebecca memuncak apabila isteri Aliff Syukri itu meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sikap pelakon itu yang didakwa berlebih-lebih tentang perkahwinan Bonda Rozita.

Isu semakin hangat selepas timbul tuduhan bahawa Rebecca menerima RM1.5 juta daripada usahawan terkenal itu. Rebecca bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN